“Hargai selagi ada,” – [VIDEO] Enam beradik sepakat hadiahkan bapa OKU sebuah motosikal

Jasa ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa ibu bapa, pasti ia takkan terbalas. Lebih dari buih-buih di lautan, begitu banyaknya jasa mereka terhadap kita.

Namun mungkin kita sebagai seorang anak boleh ikhtiarkan sesuatu bagi memudahkan urusan mereka dalam menjalani kehidupan seharian, seperti kisah yang akan kami kongsikan ini.

Menerusi video tular yang dikongsi di platform Tikt0k oleh @_acai_, reaksi seorang bapa yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang gembira ketika menerima hadiah berupa motosikal dari anak-anak membuat netizen terh4ru.

Motosikal tersebut difahamkan dihadiahkan oleh @_acai dan adi beradiknya untuk bapa mereka bagi memudahkan urusannya untuk ke masjid. Selain itu, bapanya juga difahamkan sering j4tuh motosikal kerana tidak kuat untuk membuka tongkat.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Tambah @_acai, bapanya juga sudah tidak boleh memandu kereta, jadi mereka adik beradik merancang untuk membeli motosikal tersebut yang merupakan jenis tayar tiga.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian ini telah mendapat 124k tontonan, 9.6k likes dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terharu dan mengucapkan tahniah kepada @_acai_ atas tindakan yang dilakukan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: ig mstar

Be the first to comment on "“Hargai selagi ada,” – [VIDEO] Enam beradik sepakat hadiahkan bapa OKU sebuah motosikal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*