Tak minat belajar tapi dikurnia pelbagai bakat, mood swing antara cab4ran didik anak aut1stik… ibu bangga 8A UPKK dalam genggaman

KEPUTUSAN Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi sesi akademik 2021 sudah diumumkan dua hari lalu.

Jika ditelusuri di media sosial, rata-rata ibu bapa berkongsi kegembiraan apabila anak mereka beroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Begitu juga dengan seorang ibu ini yang turut sama berkongsi rasa teruja dengan pencapaian anak sulungnya yang memperolehi gred A untuk semua lapan subjek.

Apa yang lebih membanggakan, anak kepada Noordianah Alwi iaitu Muhammad Iman Azhar, kanak-kanak istimewa yang menuntut di Madrasah Al Mubarak, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Iman, 11, yang merupakan anak sulung daripada dua beradik ini didi4gnos dengan Aut1sm Spectrum Disorder dan Sindr0m Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).

“Alhamdulillah sangat bersyukur dan terharu atas kurniaan Allah ini, hati sentiasa berharap pada Allah dengan penuh keyakinan, Allah menilai segala niat, usaha dan doa kami sekeluarga.

slip

Slip keputusan UPKK Iman.

“Kami telah berusaha melatih Iman sejak umur empat tahun mempelajari asas rukun Iman dan Islam. UPKK adalah penanda aras keupayaan penguasaan asas fardhu ain seorang kanak-kanak muslim yang bakal menuju alam remaja,” ujarnya.

Berkongsi serba sedikit mengenai kaedah pembelajaran anaknya, Noordianah berkata dia dan suami tetap menerapkan dan mendisiplinkan didikan mengenai solat ketika di rumah meskipun sebahagian besar kandungan kurikulum UPKK adalah asas yang telah dipelajari sejak tadika.

“Iman sudah menguasai semua bacaan solat sebelum memasuki tadika. Apabila asas rukun Islam dan rukun Iman ini telah dikuasai, tidak sukar untuk Iman menguasai subjek lain.

iman 2

Pencapaian terbaik Iman pada tahun ini apabila bergelar Naib Johan pertandingan Hafazan peringkat negeri Sabah.

“Mempelajari fardhu ain bukan hanya dengan hafalan tetapi dengan praktikal kerana ilmu asas fardhu ain ini bekal seumur hidup menuju akhirat,” ujar wanita berusia 48 tahun ini.

Mengakui sedikit sebanyak berdepan dengan cab4ran ketika membantu Iman mengulangkaji, Noordianah berkata dia perlu bijak menarik perhatian anak sulungnya itu untuk belajar.

“Tidak mudah menyuruh Iman belajar kerana dia kurang minat belajar, dia obses pada kerja-kerja seni bina masjid melalui draw bricks, membuat multimedia untuk FB Muhammad Iman Televisyen, Channel 6, jadi DJ Iman FM macam-macam bakatnya.

“Adakalanya berlaku k0nflik jika tiba masa jadual dia perlu mengadap umi untuk belajar. Saya perlu berbincang dan bersepakat masa yang sesuai untuk ulangkaji subjek.

“Selalu Iman pilih selepas solat, adakalanya juga berubah angin mood disorder menguasai keadaan saya terp4ksa mengubah lagi masa dan mengikut moodnya.

“Sebagai ibu banyak checklist yang perlu ada dalam fikiran untuk memastikan tiada perkara yang boleh menganggu ulangkaji yang kami buat. Saya hanya memaksimakan 15 minit untuk ulang kaji dan beri dia masa melakukan minatnya selama 10 minit dan kembali menyambung ulangkaji,” ceritanya.

Adakalanya berlaku k0nflik jika tiba masa jadual dia perlu mengadap umi untuk belajar. Saya perlu berbincang dan bersepakat masa yang sesuai untuk ulangkaji.

NOORDIANAH ALWI

Tidak meletakkan sasaran untuk Iman memperoleh 8A pada awalnya, namun tambah Noordianah, pencapaian anaknya sangat baik sejak tadika di mana pernah mencapai 7A 1B ketika ujian percubaan.

“Iman juga pernah mencapai keputusan 6A 2B 1C semasa belajar di tahun satu walaupun dia hanya hadir tiga hari ke sekolah dalam semester tersebut. Inilah istimewanya anak aut1sme, kurniaan indah dari Allah,” ujarnya sambil menambah, Iman bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek dan hafiz.

Tidak l0kek berkongsi tip dan pengalaman mendidik dua anak autisme di Facebook, Noordianah dalam masa yang sama turut menitipkan pesanan buat ibu bapa di luar sana, khususnya yang mempunyai anak aut1stik.

iman 3

Iman merupakan anak sulung daripada dua adik beradik.

“Aut1sme adalah kurniaan Allah yang terindah buat insan terpilih, yakini pertolongan Allah ada dalam setiap usaha kita bagi membentuk kemenjadian mereka.

“Walau pun kita terp4ksa bergelvt dengan seribu kesukaran sedikit demi sedikit ianya akan berlalu dan Allah mendatangkan kemanisan disebalik pengorbanan dan kesabaran.

“Usaha untuk menghargai bakat dan kebolehan anak-anak autisme perlu digandakan, peluang dan penghargaan harus diberikan setimpal dengan usaha mereka.

“Malaysia perlu mempunyai Pelan Pembangunan Insan Aut1sme agar kebolehan dan keupayaan mereka dapat direncana sebaiknya sebagaimana barat telah lama merealisasikan usaha ini, di mana insan autisme sangat dihargai yang akhirnya lahir sebagai pakar dalam bidang tertentu,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Tak minat belajar tapi dikurnia pelbagai bakat, mood swing antara cab4ran didik anak aut1stik… ibu bangga 8A UPKK dalam genggaman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*