Isteri tr4uma akibat kem4langan, suami asal Tajikistan tiba-tiba minat nak beli motor… ramai ajak konvoi lepas viral, siap suruh beli RXZ

SETIAP pasangan pastinya melalui pengalaman yang berbeza-beza dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

Begitu juga dengan Ikaa Rejab, 27, apabila dia berhadapan dengan obsesi suaminya terhadap motosikal sejak beberapa bulan lalu.

Menurut wanita itu, suaminya, Amal Sindarov, 28, yang juga warga Tajikistan tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah motosikal sejak beberapa bulan lalu.

Kata Ikaa, suaminya kini lebih suka untuk keluar dengan menaiki motor.

“Suami tiba-tiba saja minat nak beli motor. Dia mula tengok video YouTube mengenai motor. Dia dah ada lesen kereta dan boleh bawa kereta, tapi sepanjang hidupnya dia tak pernah bawa motor.

“Pada September lepas, suami masuk sekolah memandu untuk ambil lesen motor, kemudian pada Oktober dia beli sebuah motosikal Honda Dash. Sekarang memang banyak naik motor.

“Saya zaman sekolah dulu pernah bawa motor. Tapi saya kemal4ngan dan tr4uma sehingga ke hari ini. Sekarang saya naik motor dengan suami saja,” ujarnya.

Bercerita lanjut, dia yang senang disapa Ika mended4hkan suaminya kini lebih selesa menggunakan motosikal setiap kali mahu keluar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebelum ini, kalau nak makan biasanya order melalui FoodPanda atau Grab Food. Sekarang, cakap saja nak makan apa, terus dia pergi dengan motor.

“Suami kata dia rasa lebih bebas naik motor, pada masa sama dia tak perlu hadap kesesakan lalu lintas. Saya pun ikut naik motor sekali dengan dia.

Suami mudah sesuaikan diri. Dia senang nak masuk dengan budaya kita. Dia juga dah fasih cakap Melayu.

IKAA

“Kami hanya berdua, senang keluar dengan motor sekarang. Tapi saya tetap berat hati, sebab dah lama tak naik motor,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ikaa turut terkejvt apabila video mengenai minat suaminya itu meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.

“Saya suka-suka kongsi video, terkejvt bila tiba-tiba viral. Ramai yang komen minta suami upgarde beli motor Yamaha RXZ lepas ni. Ada juga yang ajak dia konvoi,” ujarnya berseloroh.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 300,000 tontonan di TikTok.

ika4

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.

Bercerita mengenai perkenalan mereka, Ikaa berkata suaminya sudah berkelana ke Malaysia sejak tahun 2011.

Hubungan mereka akhirnya membawa kepada penyatuan sebagai suami isteri pada April 2018.

“Saya berasal dari Kedah dan bekerja pun di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang juga saya bertemu dengan suami. Dia study di Malaysia, dah datang sini sejak 2011.

ika3

Suami Ika membeli sebuah motosikal pada Oktober lalu.

“Awal kahwin dulu ada juga sedikit cab4ran berkaitan perbezaan budaya antara kami. Tapi suami mudah sesuaikan diri. Dia senang nak masuk dengan budaya kita. Dia juga dah fasih cakap Melayu.

“Di sini, suami cakap bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Di negara asalnya, dia bercakap dalam bahasa Rusia. Saya ada cuba belajar, tapi sangat sus4h.

“Saya pun sehingga kini belum sempat berkunjung ke negaranya. Kami berkahwin tahun 2018, kemudian p4ndem1k pula melanda. Tapi keluarga mentua pernah melawat kami di sini,” ujarnya.

Ded4h Ika, dia bekerja sebagai setiausaha di Universiti Sains Malaysia (USM) manakala suaminya bertugas untuk syarikat teknologi Intel.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Isteri tr4uma akibat kem4langan, suami asal Tajikistan tiba-tiba minat nak beli motor… ramai ajak konvoi lepas viral, siap suruh beli RXZ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*