“Insya-Allah ATM Akan Terus Bantu Sedaya Upaya,” – Sharifah Shahirah Hargai ATM Bantu M4ngsa Banjir, Hishammuddin Ucap Terima Kasih

Sejak negara dilanda mus1bah banjir beberapa minggu lalu, kelibat barisan artis tempatan yang turun padang menghulurkan bantuan demi membantu m4ngsa-m4ngsa terlibat kerap kelihatan.

Tidak cukup dengan itu, ada segelintir selebriti juga yang sama-sama membuat kutipan derma dan mengumpulkan barang-barang keperluan sebelum diagihkan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tertentu.

Dalam masa yang sama, terdapat juga bintang terkenal yang mengerah tulang empat kerat dalam sama-sama membantu mencuci kawasan yang terjejas, terutama kawasan perumahan yang kotor diselimuti lumpur.

Begitulah yang dilalui oleh penyampai radio dan pengacara popular, Sharifah Shahirah. Sejak Lembah Klang dan beberapa kawasan lain di negara ini ditenggelami air tempoh hari, Shahirah merupakan antara rakan artis yang tidak pernah senyap di media sosial dari segi pengumpulan barangan keperluan dan penyertaan aktiviti sukarelawan untuk membantu m4ngsa mus1bah.

Justeru, tidak hairan jika perkongsian yang dilakukan oleh Shahirah mendapat perhatian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) dan Angkatan Tentera Cameron Highland, Pahang yang sedang bekerjasama membanting tvlang membersihkan rumah m4ngsa-m4ngsa banjir yang terjejas di Chegar Medang, Bentong, Pahang.

“Thank you Abang Askar. Khidmat masyarakat dari IPD dan Angkatan Tentera Cameron Highland,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Pada ruangan komen, Hishammuddin mengucapkan terima kasih kepada Shahirah kerana menghargai Angkatan Tentera Malaysia. Tambah Hishammuddin, beliau berjanji yang ATM akan terus membantu petugas agensi dan sukarelawan dalam membersihkan rumah m4ngsa-m4ngsa yang terlibat.

“Terima kasih hargai bantuan dari pihak ATM. Insya-Allah ATM akan terus bantu sedaya upaya petugas agensi dan sukarelawan dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Pahang sehingga selesai,” tulisnya.

Meninjau balasan pada komen berkenaan, netizen dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada ATM yang bertungkus-lumus mengerah tenaga membantu mereka yang memerlukan.

“Terima kasih pihak ATM dan team semua, serta masyarakat yang banyak membantu syukur Alhamdulillah. Semoga kita semua aman selalu. Kepada yang terlibat banjir semoga diberi ketabahan kekuatan,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Insya-Allah ATM Akan Terus Bantu Sedaya Upaya,” – Sharifah Shahirah Hargai ATM Bantu M4ngsa Banjir, Hishammuddin Ucap Terima Kasih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*