Ibarat satu keluarga, geng rider tak kisah motor kena lumpur… sanggup lupakan kerja, tolak bonus nak jadi sukarelawan misi bantuan banjir!

BENC4NA banjir yang melanda beberapa negeri minggu lalu menyebabkan rata-rata rakyat turut terkesan.

Bak kata pepatah, cvbit paha kanan, paha kiri juga terasa s4kitnya.

Melihat paparan berita dan perkongsian di media sosial, ramai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan mahupun individu persendirian berpusu-pusu turun ke lapangan untuk menghulurkan bantuan kepada m4ngsa banjir.

Geng rider terp4ksa mengangkut bekalan makanan dan barang bantuan memandangkan jalan ke sebuah perkampungan Orang Asli tertimbus dek tanah rvntuh.

Dalam satu video yang tular di media sosial, kelihatan puluhan rider daripada pelbagai syarikat penghantaran makanan (food delivery) berkonvoi untuk menghantar bantuan ke perkampungan yang terjejas tervk dek benc4na tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Hafiz Abqari yang turut serta dalam misi tersebut berkata, lebih daripada 30 penghantar makanan turun padang untuk menghantar bantuan hasil inisiatif yang digerakkan YouTuber, Irwan Ahmad.

“Saya nampak hebahan tersebut di laman Facebook dan tergerak untuk sama-sama turun membantu m4ngsa banjir. Saudara Irwan yang jadi pendorong dan buat inisiatif mengumpulkan rider-rider dalam misi baru-baru ini.

“Misi yang bermula pada 24 Disember itu disertai dalam 30 hingga 40 orang rider daripada Grab, FoodPanda, Lalamove dan lain-lain lagi. Bukan saja dari Selangor, malah ada juga rider dari Kedah turun padang.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami mungkin tak kenal satu sama lain sebelum ini, namun ketika misi tersebut, semuanya ibarat satu keluarga.

“Inisiatif ni memang bagus sebab saya sendiri pada mulanya tertanya-tanya, macam mana nak bantu m4ngsa banjir. Kalau buat seorang diri atau kawan-kawan saja, tak banyak yang boleh kita bantu. Bila ada inisiatif ini, kita boleh bantu dalam skala yang besar sikit,” ujar pemuda berusia 22 tahun ini.

Berkongsi pengalaman ketika turun padang di lapangan, pemuda yang senang disapa sebagai Hafiz ini berkata, sepanjang misi bermula dari pagi hingga petang yang disertainya, mereka menghantar bantuan makanan dan keperluan penting ke beberapa perkampungan di Sungai Lui, Hulu Langat di Selangor dan juga Kuala Klawang di daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

rider 1

Misi bantuan m4ngsa banjir di salah sebuah perkampungan Orang Asli.

Tambah Hafiz yang juga seorang penuntut jurusan Ukur Bahan di Univeristi Teknologi Mara (UiTM), dia bertuah kerana dapat menimba pengalaman yang sangat berharga apabila melihat sendiri kesulitan yang dihadapi m4ngsa banjir.

“Sesetengah daripada kita mungkin bernasib baik tidak ditimpa ujian hebat seperti mereka. Bila turun sendiri ke kampung Orang Asli, sed1ih bila mereka kata bantuan tak dapat. Kalau ada, ada lah… kalau tak ada, tak ada lah.

Kami mungkin tak kenal satu sama lain sebelum ini, namun ketika misi tersebut, semuanya ibarat satu keluarga.

MUHAMMAD HAFIZ ABQARI

RIDER

“Saya salute dengan rider kerana sanggup ketepikan seketika kerja atau kejar bonus semata-mata nak join kerja sukarela ni. Biarpun motosikal dan pakaian terpalit lumpur, tapi apalah sangat jika nak dibandingkan dengan m4ngsa banjir yang kena cuci rumah dan macam-macam lagi,” ujarnya yang bekerja sebagai sebagai rider secara separuh masa ketika ini.

Tidak menyangka perkongsiannya di Twitter menjadi tular, Hafiz berkata dia sekadar mahu mengwar-warkan situasi di beberapa perkampungan yang kurang menerima bantuan kerana ‘terlepas perhatian’ daripada orang ramai.

rider 3

Lebih daripada 30 rider menyertai misi bantuan m4ngsa banjir.

“Kampung-kampung yang kami pergi ketika itu kurang terima bantuan sebab ramai tak tahu. Sebab itu saya kongsi di media sosial.

“Bukan nak viral atau dapatkan perhatian mahupun pujian, namun sebab rider ni tahu betapa susahnya mereka sebab kami pun bukan orang senang. Kami tahu macam mana rasanya bila sus4h. Kami buat atas dasar sukarela.

rider 4

Hafiz menyifatkan penyertaannya dalam misi bantuan m4ngsa banjir baru-baru ini sebagai salah satu pengalaman yang paling berharga.

“Dalam pada itu, kami nak berterima kasih kepada saudara Irwan kerana wujudkan inisiatif ini. Begitu juga dengan syarikat korporat antaranya Shell yang sponsor minyak petrol ketika misi ini.

“Kepada anak-anak muda yang lain, gunakanlah keringat untuk membantu mereka yang memerlukan. Masa inilah kita nak bantu… bangga rasanya bila lihat ramai anak muda join misi sukarelawan macam ini,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Ibarat satu keluarga, geng rider tak kisah motor kena lumpur… sanggup lupakan kerja, tolak bonus nak jadi sukarelawan misi bantuan banjir!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*