“Dia Bukan Artis, Bukan Juga Instafamous” – Single But Not Available, Zynakal Target Kahwin Pada…

Penyanyi dan komposer berbakat, Zynakal, 23, menyifatkan status dirinya sebagai ‘single but not available’!

Menurut pemilik nama lengkap Muhammad Raziq Rosli itu, dia sedang berkawan dengan seorang g4dis dan mengenali satu sama lain.

Zynakal juga masih belum merancang untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, juga pada usia yang masih muda seperti beberapa orang rakan industrinya.

“Saya masih single tapi tak available, saya ada berkawan dengan seorang perempuan ini, sedang mengenali sesama sendiri.

“Untuk diri saya, mungkin saya fokus pada muzik terlebih dahulu, saya masih belum sampai ke tahap Haqiem Rusli atau Yonnyboii, mereka lebih stabil daripada saya dalam industri muzik ini.

“Untuk berkahwin mungkin jauh lagi, perancangan saya masih belum ke situ, banyak lagi perkara yang saya rancang,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Zynakal berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2021 yang berlangsung di The Bee, Publika Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah Zynakal, dia meletakkan target untuk berkahwin pada usia 30 atau 28 tahun.

“Bagi saya kalau nak kahwin nanti targetnya mungkin pada usia 30 atau 28 tahun.

“Individu yang saya kenali itu tidak lama, kira baru lah juga lagi, dia bukan dari kalangan artis mahupun Instafamous.

“Dari segi ciri-ciri, saya tak cer3wet, saya tak ada pilihan yang khusus, kalau saya rasa selesa dengan dia, itu sudah memadai, misalnya kalau dia belum bertudung, suatu hari nanti mungkin dia akan pakai juga,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Dia Bukan Artis, Bukan Juga Instafamous” – Single But Not Available, Zynakal Target Kahwin Pada…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*