Kongsi Foto Seorang Diri Di Tempat Kenangan, Netizen Perasan Fizi Ali Makin Kurus – “Dulu Bertiga Kat Atas Batu Tu”

Pada 15 Disember lalu, penyampai radio Fizi Ali berkongsi berita dvka apabila dia dan pelakon Shakilla Khoriri membuat keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun bersama.

Kenangan tetap bersamamu

Terbaru, Fizi ada memuat naik sekeping foto bersendirian duduk di atas batu di persisiran pantai yang terletak di Mersing, Johor.

Menerusi Instagramnya, Fizi, 32, menulis kapsyen yang mendalam iaitu;

Waktu mungkin berlalu, kenangan tetap bersamamu..

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Hasil pemerhatian OhBulan!, pada November lalu, Fizi, Shakilla dan anak mereka Ameena Sofia pernah datang ke tempat sama dan bergambar bertiga. Malah, foto yang memaparkan kegembiraan bersama masih ada di Instagram Shakilla, 32.

Rata-rata warganet perasan dengan persamaan tersebut lantas meninggalkan komen dengan mendoakan agar Fizi dan Shakilla terus kuat menghadapi dvgaan.

Selain daripada itu, ada juga dalam kalangan pengikut yang sedar dengan perubahan tvbuh badan pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin yang jelas svsut dari sebelum ini.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

K0men netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Kongsi Foto Seorang Diri Di Tempat Kenangan, Netizen Perasan Fizi Ali Makin Kurus – “Dulu Bertiga Kat Atas Batu Tu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*