Humblenya! [VIDEO] Siti Nurhaliza Tegvr Cikgu Gimnas Zaman Sekolah Cvri Perhatian – “I Kenal You, You Tak Kenal I”

Perkongsian video penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram ketika menghantar bantuan banjir baru-baru ini mencvri tumpuan netizen.

Sewaktu singgah ke lokasi, pihak Siti meletakkan bantuan di rumah seorang wanita berbangsa Cina, kemudian berborak dengan penduduk setempat hinggalah terserempak dengan guru gimnasnya ketika zaman sekolah.

Pada mulanya, guru tersebut tidak mengecam Siti ada di depan matanya kerana memakai pelitup muka.

“Sewaktu ke Kuala Lipis baru-baru ini, saya singgah di Taman KSM, menghantar bantuan di sini. Bantuan diletakkan di rumah seorang aunty berbangsa Cina yang menjadi tempat pengumpulan dan pengagihan bantuan untuk warga taman tersebut. Sepanjang saya di rumahnya, beliau memang tidak perasan saya.

“Saya juga berborak dengan penduduk di taman tersebut, kemudian lalu seorang wanita berbangsa Cina juga, yang saya memang kenal sewaktu sekolah, beliau juga tidak perasan saya.

“Sepanjang berada di sana, saya memang pakai pelitup muka dan akhirnya barulah terjadi sesi jejak kasih kami,” coretnya sebagai kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sementara dalam video tersebut, Siti menegvr dahulu guru berkenaan kerana masih mengenalinya walaupun memakai pelitup muka.

“I kenal you lah, You tak kenal I,” selorohnya.

Mereka kemudiannya berbual dan mengambil foto bersama. Kata Siti, guru gimnas tersebut mungkin dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa yang menegurnya adalah Siti Nurhaliza.

“Agaknya, uncle tadi cakap ini Siti Nurhaliza, lepas tu barulah dia tahu, ya lah saya pun pakai mask setiap masa.

“Tugas dia dahulu mengajar gimnas, dia lah yang kepak kepak saya dulu,” seloroh Siti dalam video tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut penyanyi tersohor itu meninggalkan respon positif dengan memuji kebaikan Siti dan sifat rendah diri beliau.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Humblenya! [VIDEO] Siti Nurhaliza Tegvr Cikgu Gimnas Zaman Sekolah Cvri Perhatian – “I Kenal You, You Tak Kenal I”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*