G4dis der1ta eczema hilang nikmat makan guna tangan! Jari mudah berd4rah, kedut macam orang tua

SARUNG tangan kebiasaannya digunakan antara lain untuk menyediakan makanan, namun gelagat seorang wanita ini memakai sarung tangan sebelum menjamu selera, ternyata mencvri tumpuan orang ramai.

“Nak makan mana-mana kena bawa glove sendiri ya baru puas makan,” tulis Farisya Rusle, 20, di media sosialnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bukanlah seorang ‘penggeli’ apatah lagi hendak mengada-ngada, Farisya yang mesra dipanggil Pica berkata, dia sebenarnya terp4ksa memakai sarung tangan bagi melindungi kvlit tangannya yang mudah mengelupas.

Jelas peniaga oden ini, dia disahkan mengh1dap eczema sejak mula menjalankan perniagaannya itu pada tahun 2020.

“Saya ada eczema sejak saya buka kedai, tahun lepas, dua-dua belah tangan saya jadi mengelupas dan jadi kvdis.

“Dari situ mula saya dah tak boleh pegang atau guna sabun basuh pinggan dah sebab akan jadi lagi tervk,” katanya yang menetap di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Gerai Oden milik Pica.

Keadaan tangannya yang kering ditambah pula dengan kvlit tangan yang menipis membuatkan tapak tangannya sensitif dan mudah terlvka.

Ini bukan sahaja membataskan penggunaan tangannya, tapi turut menyebabkan dia terp4ksa berdepan dengan rasa s4kit yang berpanjangan.

“Segala benda jadi sus4h, contoh paling jelas bila nak makan makanan pedas, memang kalau lepas makan tu pedihnya teramat sangat sebab tangan dah nipis, kemudian kalau nak pegang sesuatu macam duit memang susah, tambah saya meniaga pula.

“Nak angkat barang berat pun menc4bar juga… jadi s4kit.

“Tangan saya juga senang luka walaupun kena benda tajam sikit je, memang boleh dikatakan hari-hari tangan saya berd4rah,” katanya, sambil menambah, dia akan membawa sarung tangan setiap kali keluar untuk digunakan pada waktu makan.

Tangan Pica sering berd4rah disebabkan masalah Eczema.

Bukan itu sahaja, Pica, turut menghadapi mas4lah untuk melakukan urusan rasmi kerana cap jarinya sukar untuk dikesan.

“Saya pernah buat SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), staf yang kerja tu yang tolong bagi losyen tapi tetap juga tak boleh baca cap jari saya sebab mengelupas.

“Jadi saya kena buat surat khas untuk mereka yang tak ada cap jari ni, tapi disebabkan hari tu jari saya dah lega sikit, jadi saya tak jadi buat.

“Tapi benda ni macam mana pun tetap akan jadi balik, jadi saya reda je la,” katanya.

Cap jari Pica sukar dibaca.

Dia turut mengakui rasa sed1hnya akibat kehilangan nikmat untuk makan dengan menggunakan tangan.

“Memang kadang sedih juga la sebab sebelum ni boleh makan macam biasa, tambah pula saya ni jenis yang makan pedas.

“Sekarang nak makan nasi pun tak ada nikmat dah sebab makan dekat rumah kebanyakan guna garfu je sekarang,” katanya.

Menurut Pica, tangannya kini bergantung kepada Vaseline untuk membantu melembabkan bahagian itu di samping mengelakkan kulitnya mengelupas.

“Saya pakai hari-hari, saya pernah pakai ubat doktor tapi masih jadi balik, sekarang saya berharap pada losyen biasa je.

“Sekarang dah okay banyak berbanding dulu, dulu lagi teruk sampai tengok jari sendiri macam orang tua, berkedut, s4kit lepas tu dengan lukanya lagi,” katana.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "G4dis der1ta eczema hilang nikmat makan guna tangan! Jari mudah berd4rah, kedut macam orang tua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*