“Saya Tak Pernah Buat Sebelum Ini,” – Hamil Anak Sulung, Ernie Zakri Tak Dapat Tahan Diri Kunyah Ais

Kebiasaannya ibu mengandung pasti akan mengidam sestuau atau mempunyai tabiat pelik sepanjang tempoh kehamilan termasuklah penyanyi Ernie Zakri.

Ernie berkata dia tidak mengidam makanan yang pelik-pelik sebaliknya tetapi sukar menahan diri daripada mengunyah ketulan ais.

“Setakat ini Alhamdulillah saya tak ada mengidam benda yang pelik, semuanya yang mudah-mudah sahaja. Cuma saya rasa habit yang saya perlu stop ialah mengunyah ais.

“Benda begini saya tak pernah buat sebelum ini, saya pun kurang minum ais sebab menyanyi. Tetapi waktu mengandung ni, benda itu jadi macam snek dan minta ais setiap hari. Selalunya orang akan tanya nak keropok? Tapi suami akan tanya nak ais?” katanya.

Dijemput sebagai menyanyi bersama kumpulan Sa.Ya semalam, Ernie gembira apabila diberi peluang untuk beraksi di atas pentas walaupun usia kandungan kini sudah mencecah tujuh bulan.

“Of course penat dan rasa meng4h itu dialami oleh semua ibu hamil. Tapi waktu trimester pertama dan kedua saya memang banyak berehat, jadi apabila dapat bekerja saya rasa gembira,” katanya.

Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu. Pasangan itu mended4hkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan tidak lama lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar via Rotikaya

Be the first to comment on "“Saya Tak Pernah Buat Sebelum Ini,” – Hamil Anak Sulung, Ernie Zakri Tak Dapat Tahan Diri Kunyah Ais"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*