Isteri pertama minta suami carikan seorang madu sebagai peneman, reda akhirnya dapat 3 orang – “Wife kedua BFF saya”

POLIGAMI merupakan antara perkataan yang paling dig3runi dan amat sens1tif terutama sekali buat golongan wanita.

Realitinya, seandainya barang pun kadangkala kita tidak gemar untuk berkongsi, apatah lagi apabila ia melibatkan seorang suami.

Namun berbeza dengan wanita ini yang memiliki bukan satu tapi tiga orang madu.

Mimi (kiri sekali) merupakan isteri pertama.

Bercakap kepada mStar, wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi, 31, ini mengakui, walaupun terkesan, sikap tolak ansur dalam berumah tangga itu penting demi menjamin kebahagiaan mereka.

“Perasaan tu tak dapat dinafikanlah, memang tak ada yang sanggup nak bermadu tapi masing-masing dapat bertolak ansur demi kebahagiaan dan business masing-masing.

“Yang penting suami kena berlaku adil dan kasih sayang juga perlu sama rata,” katanya.

Video:

@tgshamimi

semoga jadi ank yg soleh ya syg utk dady dan 4emak kamu. @mas_rina97 @syafirahzain_ @mek_155

♬ bunyi asal – iamormeela – mellacute._

Mimi yang merupakan isteri pertama berkata, kesunyian yang dirasai setiap kali suaminya bertugas di luar kawasan menyebabkan dia meminta suaminya itu untuk mencarikannya madu.

“Saya yang suruh suami cari madu sebab saya nak ada teman dan yang paling penting wife kedua sebenarnya adalah BFF (best friend forever) saya pada asalnya.

“Lelaki jarang nak lepaskan peluang macam ni kan, tapi ada la syarat yang tertentu,” katanya, namun bagaimanapun tidak ingin berkongsi antara syarat yang ditetapkan kerana terlalu peribadi.

Terdahulu, perkongsian Mimi yang turut sama dalam majlis pernikahan madunya yang keempat tular di laman TikTok.

Jadikan madu-madu ni sebagai kawan atau adik beradik baru la dapat rasa kemanisan madu tu.

MIMI

Menurut Mimi, perkahwinan keempat suaminya itu yang berlangsung pada 21 Disember lalu mendapat restu daripada ketiga-tiga ‘isteri tua’.

“Bila dia beritahu nak kahwin yang kedua dan lain-lain saya boleh terima sebab saya bersetuju, saya tak kisah pasal bermadu asalkan dia adil, tak cur4ng dan kalau dia mampu tak salah.

“Jadikan madu-madu ni sebagai kawan atau adik beradik baru la dapat rasa kemanisan madu tu,” katanya sambil menambah bahawa keempat-empat mereka berasal dari Kelatan, dan menetap di rumah yang berbeza.

Selain Mimi, suaminya, seorang kontraktor yang hanya ingin dikenali sebagai Wary, turut berkahwin dengan Rina, 26, Anis, 25 dan Tiha, 25.

Kesemua mereka menjalankan perniagaan yang berbeza secara kecil-kecilan.

Menurut Mimi yang berkahwin pada tahun 2014, mereka kini mempunyai dua orang cahaya mata, iaitu anak perempuannya yang kini berusia tujuh tahun serta seorang lagi anak lelaki berusia empat tahun, hasil perkahwinan Wary dengan dengan isteri keduanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Isteri pertama minta suami carikan seorang madu sebagai peneman, reda akhirnya dapat 3 orang – “Wife kedua BFF saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*