D4rah gemvruh belum hilang, tiba-tiba pengantin kena tarik ‘buka silat’ di majlis sendiri… terp4ksa ‘control’ aksi las4k sebab baju, seluar ketat

SILAT sembah pengantin merupakan tradisi Melayu yang masih dapat disaksikan pada majlis persandingan.

Acara pembukaan itu bukan sahaja meraikan kedatangan pasangan pengantin, malah dapat memeriahkan suasana majlis.

Namun lain pula berlaku kepada Raja Sehari ini apabila pengantin lelaki sendiri yang membuat persembahan silat.

Dinie (kiri) dan isteri bernikah pada 11 November 2021.

Pengantin lelaki, Muhammad Dinie Zainal Abidin berkata, dia bernikah pada 11 November dan majlis sanding diadakan di sebuah dewan di Petaling Jaya, Selangor pada 19 Disember.

Pemuda berusia 34 tahun itu memberitahu, acara pembukaan sepatutnya diserikan dengan persembahan silat daripada dua rakan yang berpengalaman dalam seni mempertahankan diri itu.

“Asalnya memang dua kawan saya yang buka silat sebaik saya dan isteri masuk berarak ke dalam dewan. Tapi kemudian salah seorang daripada mereka tarik diri saat akhir.

“Katanya tak cukup berlatih, jadi tinggal seorang je. Yang seorang ni pula tarik saya untuk join sekali, jadi saya masuk buka silat secara spontan,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dulu saya join Persatuan Seni Silat Panji Ria di Tangkak, Johor. Bersama teman-teman, kami rajin buat persembahan silat di majlis-majlis kahwin dan acara rasmi.

“Sejak tujuh tahun lepas tak aktif lagi sebab sibuk dengan kerja. Jadi bila kena tarik dengan kawan tu memang terkejvt.

“Saya cuma ingat ‘bunga’ pembukaan, kiranya antara ingat tak ingat. Nak buat lama-lama tak yakin sebab tak ingat semua step,” ujarnya yang juga berasal dari Tangkak.

pengantin bersilat 4

Dinie berpengalaman dalam silat.

Selain d4rah gemvruh, anak sulung daripada dua beradik itu juga tidak dapat membuat persembahan silat kerana busana songket yang dipakainya menyukaran pergerakan l4sak.

Kalau baju dan seluar longgar, mungkin saya buka silat dengan langkah lebih panjang

MUHAMMAD DINIE ZAINAL ABIDIN

“Baju dan seluar pengantin yang saya pakai agak ketat sebab ikut potongan fit. Kalau baju dan seluar longgar, mungkin saya buka silat dengan langkah lebih panjang.

“Ris4u juga kalau nak lompat atau angkat kaki nanti seluar koyak. Payah pula nak bergerak ke pelamin nanti,” katanya sambil menambah majlis itu turut meraikan dua lagi pasangan pengantin yang terdiri daripada adik isteri dan anak saudara lelaki isteri yang sama-sama di pelamin.

pengantin bersilat 5

Bersama rakan-rakan yang bergiat aktif dalam silat.

Mengakui kekok kerana telah lama tidak beraksi, namun pengurus restoran itu benar-benar tidak menyangka membuat persembahan silat di majlis kahwin sendiri.

pengantin bersilat 3

Dinie dan isteri (tengah) bersanding bersama dua lagi pasangan pengantin.

“Selalu perform di majlis kahwin orang dan rakan-rakan, tapi sekarang saya sendiri yang buat. Berpeluh juga nak ingat step walaupun tak lama.

“Dah selesai rasa lega sangat. Terfikir juga untuk kembali aktif bersilat dan tunjuk skil, InsyaAllah jika ada pertimbangan,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "D4rah gemvruh belum hilang, tiba-tiba pengantin kena tarik ‘buka silat’ di majlis sendiri… terp4ksa ‘control’ aksi las4k sebab baju, seluar ketat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*