Siang kerja ofis, ada sebab anak jati Semporna pilih busking sebelah malam… pernah hilang suara, tapi nyanyi lagu Adele tetap meletvp!

BAKAT nyanyian anak kelahiran Semporna, Sabah ini ternyata meraih perhatian ramai.

Malah, video memaparkan Nurerfarina Famizah Mohd Razali, 24, mempersembahkan lagu All I Ask dendangan asal penyanyi global Adele turut meraih ratusan ribu tontonan.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Famiza mended4hkan minatnya dalam bidang seni suara sebenarnya sudah berputik sejak kecil lagi.

Ahli-ahli kumpulan Masmona Busker.

“Saya suka menyanyi sejak tadika lagi. Artis kegemaran saya merupakan Allahyarham Achik Spin. Ketika darjah satu, saya mula belajar main gitar.

“Pada waktu itu, ibu hadiahkan gitar kepada saya. Saya selalu tengok anak muda di kampung main gitar sambil menyanyi dekat jambatan, jadi saya pun terikut-ikut.

“Tapi sejak awal memang tiada siapa yang ajar, saya belajar gitar sendiri saja,” ujarnya.

Menurut Famiza, dia menyertai kumpulan penyanyi jalanan pada tahun 2017, namun minat itu dihentikan seketika untuk fokus terhadap kerjaya hakiki.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Namun, dia yang kini bekerja dalam bidang Sumber Manusia di sebuah syarikat swasta kembali aktif menyanyi dan membuat persembahan jalanan di sekitar Kota Kinabalu.

“Saya mula busking pada tahun 2017, tapi pada 2019 berhenti busking sebab nak fokus kerja. Kini, saya bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu.

Kami cuma fikir nak cari rezeki saja. Saya terh4ru, walaupun hujan lebat mereka tetap tunggu kami menyanyi.

FAMIZA

“Tapi, sejak tahun ini saya buat keputusan untuk kembali busking. Saya bersama pasukan Masmona Busker. Kami biasanya bukan sekadar busking di restoran, kami juga buat persembahan di tepi jalan dan depan pusat beli-belah.

“Kalau ditanya soal penat, t1pu kalau saya kata tak penat. Tapi ia membawa keseimbangan dalam hidup saya. Siang kita dah str3s bekerja, malam kita lontarkan str3s dengan busking,” ujar anak sulung daripada tiga beradik itu.

Kata Famiza, dia juga pernah berhadapan ins1den hilang suara gara-gara membuat persembahan tanpa henti sepanjang empat minggu berturut-turut.

masmona3

Famiza ketika beraksi dalam hujan.

“Pernah satu masa sampai suara saya tak keluar. Saya terp4ksa balik awal. Ketika itu, empat minggu berturut-turut saya tak rehat. Sabtu, Ahad pun menyanyi.

“Saya rasa sangat kec3wa sebab tak dapat buat persembahan. Paling penting, kita kena berehat secukupnya. Bila makan tak jaga, tidur tak cukup, itulah jadinya,” imbas Famiza lagi.

Menurut Famiza, dia juga tak menolak seandainya ada rezeki dalam bidang nyanyian suatu hari nanti.

Mengulas video tularnya di TikTok, Famiza turut terharu apabila bakat suaranya menerima pujian ramai.

masmona 2

Kumpulan ini ligat membuat persembahan di sekitar Kota Kinabalu.

Disebalik pujian itu, Famiza akui tak berkecil hati apabila ada segelintir individu yang memperkatakan penampilannya yang mirip lelaki.

“Sebenarnya saya tak jangka video itu viral, ada orang lain rakam dan muat naik video itu.

“Pada waktu itu, kami cuma fikir nak cari rezeki saja. Saya terharu, walaupun hujan lebat mereka tetap tunggu kami menyanyi.

“Ramai yang komen bagi kata-kata semangat. Ada juga yang komen mengenai penampilan saya. Saya tetap akan reply baik-baik semuanya,” ujar Famiza lagi.

Selain Famiza, Masmona Busker turut dibarisi seorang lagi vokalis iaitu Asirun Nurun, Salimar Matsari (drum), Mohamad Syah Rusia (gitar), Mohd Fairuz (gitar), Md. Zaid Zakaria (bass) dan Zai Zafran (perkusi).

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Siang kerja ofis, ada sebab anak jati Semporna pilih busking sebelah malam… pernah hilang suara, tapi nyanyi lagu Adele tetap meletvp!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*