“Kata suami, dia reda,” – Tak mampu beri zvriat, Syanie bersyukur dapat suami penyayang

Pelakon dan juga pelawak Syanie berasa sangat gembira apabila dipertemukan jodoh buat kali ketiga dengan seorang suami yang boleh menerima kekurangan dirinya sebagai seorang wanita yang tidak lagi ‘sempurna’.

Ujar Syanie atau nama lengkapnya Syaniza Hisham, 47, dia tidak menyangka sebenarnya akan berkahwin lagi untuk kali ketiga dengan suami tersayang, Zahril Hafiz Mohammed Nor pada 19 Februari lalu.

“Alhamdulillah saya sekarang berasa sangat gembira selepas berkahwin bersama suami. Seperti semua sedia maklum, saya telah menjalani pembed4han membuang r4him dan ov4ri pada tahun lalu.

“Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, saya ada bertanya pada suami sama ada dia boleh menerima kekvrangan saya kerana sudah tentu saya tidak mampu lagi memberikannya zvriat,” kata Syanie kepada Kosmo! Online semalam.

Syanie ditemui ketika majlis pelancaran produksi filem Jaga-Jaga Senariounion di KBK Homestay, Beranang, Selangor, malam tadi.

Ujar Syanie lagi, dia percaya bahawa Allah SWT telah mengatur segala-galanya (terutama berkaitan jodoh) dan sedia menerima dirinya untuk dijadikan isteri.

“Suami pun ada pengalaman g4gal dalam rumah tangga. Dia berstatus duda tetapi tiada cahaya mata.

“Kata suami, dia reda jika tidak dikurniakan rezeki zvriat kerana yakin bahawa Allah SWT mempertemukan jodoh antara kami bersebab. Supaya kami sama-sama saling menyayangi antara satu sama lain hingga ke akhir hayat,” katanya.

Menyentuh tentang perubahan imejnya yang kini sudah berhijab, pelakon filem Senario The Movie itu berkata bahawa dia sebenarnya sudah lama memasang niat untuk menutup aur4t ketika usianya menginjak 40 tahun.

“Tapi ketika itu hati masih berbolak-balik sebab bimbang dengan perangai saya yang ‘bu4s’.

“Ketika dalam fasa untuk berumah tangga dengan suami, saya ada bercakap tentang perancangan untuk berhij4b. Cuma saya tidak pasti bila kejadian itu akan berlaku.

“Selepas bertunang, suami bertanyakan kembali tentang perkara itu (berhij4b). Tapi saya kata belum lagi,” jelas Syanie.

Bagaimanapun, Syanie berkata, suaminya tidak menunjukkan paksaan untuk dia terus berhijab, namun telah mengeluarkan ayat yang telah membuka h4tinya.

“Kata suami, jika saya mahu berhij4b dan menutup aur4t selepas berkahwin, dia akan berasa sangat gembira kerana telah memudahkan tugasnya sebagai seorang suami.

“Jadi saya mengambil keputusan untuk menutup aur4t sepenuhnya pada hari pernikahan saya dan alhamdulillah kekal sehingga kini,” ujarnya.

Terdahulu, Syanie pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Attirmidi Abdul pada tahun 1996 sebelum berpisah pada tahun 2002.

Syanie kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang lelaki bernama Nadi Putera Mohammad Zainol pada tahun 2014 dan bercer4i pada 2016.

Bagaimanapun, kedua-dua perkahwinannya terdahulu tidak dikurniakan cahaya mata. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "“Kata suami, dia reda,” – Tak mampu beri zvriat, Syanie bersyukur dapat suami penyayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*