“Bermula setahun lalu, secara spontan” – Fezrul Khan seronok bercvcuk tanam

Pelakon, Fezrul Khan, 39, mengaku sebelum ini tidak pernah terfikir untuk terjun ke bidang pertanian.

Kata empunya nama sebenar Fezrul Khan Junaidi Khan ini, penglibatan dalam bidang tersebut berlaku spontan tanpa sebarang perancangan awal.

“Bermula setahun lalu, secara spontan. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita semua di rumah. Jadi saya kaji pasal pokok. Ambil sayur dari peti ais, semai.

“Masa itu saya belajar pasal tumbuhan. Macam mana nak jaga, elak serangga. Memang seronok,” katanya yang memiliki kebun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fezrul Khan Junaidi ™️ (@fezrulkhan)

Fezrul berkata dia nampak masa depannya dalam bidang pertanian. Katanya, jika benar-benar diusahakan, pasti membuahkan hasil.

“Saya tanam buah-buahan seperti cempedak, durian, nangka dan pisang.

“Tapi, untuk tahun pertama saya fokuskan kepada penanaman pisang terlebih dahulu,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fezrul Khan Junaidi ™️ (@fezrulkhan)

Disoal tentang lakonan, Fezrul mengesahkan di masih lagi menerima tawaran dan aktif dalam bidang berkenaan. Bahkan, pelakon yang pernah membintangi filem SH3 ini akan memulakan penggambaran teledrama terbaharu bermula esok.

“Kali ini saya memegang watak sebagai pegawai p0lis yang hidup sekitar tahun 1957.

“Watak ini menc4bar kerana memerlukan saya berdialog seperti orang zaman itu. Jadi saya kaji. Apa yang saya tahu, orang dahulu tidaklah berbahasa baku. Bercakap pun seperti kita yang hidup masa sekarang.

“Watak ini lain sedikit. Saya tonton filem-filem lama sebagai rujukan. Agak menc4bar juga,” ceritanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: utusan

Be the first to comment on "“Bermula setahun lalu, secara spontan” – Fezrul Khan seronok bercvcuk tanam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*