Nak makan nasi minyak ke tu? Tetamu majlis kahwin ‘cair’ tengok lutong berkepit dengan bridesmaid, siap pakai baju Melayu

GELAGAT seekor lutong yang berkepit manja dalam dukungan pemiliknya ketika menghadiri majlis perkahwinan bukan sahaja menarik perhatian tetamu, malah mencuit hati netizen.

Mana tidaknya, haiwan comel berkenaan siap mengenakan baju Melayu seperti tetamu lelaki lain!

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Aiena Abdul Shukor berkata dia yang juga menghadiri majlis perkahwinan berkenaan turut ‘cair’ melihat kecomelan haiwan tersebut sebelum mengambil gambar dan video sebagai kenangan.

Lutong tersebut adalah milik sepupu kepada pengantin lelaki.

“Sebenarnya ketika itu saya berperanan sebagai salah seorang bridesmaid kepada pengantin perempuan yang juga rakan saya.

“Apabila rombongan pengantin lelaki sampai, saya ditugaskan untuk menyambut mereka dan berarak ke rumah pengantin perempuan. Ketika itulah saya nampak seorang g4dis sedang mendukung sesuatu.

“Dari belakang nampak tangan berbulu. Bila tengok betul-betul, lutong rupa-rupanya. Saya pun minta kebenaran nak rekod video dan ambil gambar sebab comel sangat.

“Lagi satu, ia satu perkara yang ‘rare’ bila bawa haiwan pergi kenduri kahwin. Masa ramai tengok-tengok dan datang dekat, lutong tu ‘behave’ je. Ketika itu dia kekenyangan sebab baru diberi svsu. Sepanjang majlis pun dia behave. Melekat je dengan tuannya,” ujar wanita berusia 25 tahun ini.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Aiena, haiwan tersebut dipelihara oleh sepupu kepada pengantin lelaki yang juga merupakan rakannya.

“Kata pengantin lelaki, sepupunya dah pelihara lama. Selalu juga bawa pergi jalan-jalan sebelum ini. Sebab tu lutong tu dah biasa dengan situasi orang ramai. Masa majlis tu, rombongan pengantin lelaki bermalam di homestay berdekatan dengan rumah pengantin perempuan di Pulau Indah, Klang.

Sepanjang majlis pun dia behave. Melekat je dengan tuannya.

AIENA ABDUL SHUKOR

“Disebabkan semua pergi dan tak ada siapa nak jaga, maka sepupunya bawa sekali haiwan peliharaannya ke kenduri,” ujarnya yang memelihara lima kucing Parsi.

Ujar Aiena, dia sama sekali tidak menyangka video berkenaan meraih hampir satu juta jumlah tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dimuat naik di aplikasi TikTok.

kenduri 1

Aiena merupakan salah seorang bridesmaid ketika majlis perkahwinan rakan baiknya baru-baru ini.

“Saya sendiri terkejvt bila tengok jumlah view video tu. Komen pun sampai tak terbalas. Tapi rata-ratanya memuji kecomelan lutong tu. Ada yang tanya cara penjagaan, malah ada yang siap minta tengok video ia makan nasi minyak. Ramai juga peminat haiwan rupa-rupanya,” katanya sambil ketawa kecil.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Nak makan nasi minyak ke tu? Tetamu majlis kahwin ‘cair’ tengok lutong berkepit dengan bridesmaid, siap pakai baju Melayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*