Harith Iskander Kongsi Detik Selamatkan Bayi – “Terper4ngkap Dua Malam Di Tingkat Atas, Gelap, Air 10 Kaki…”

Pelawak dan pengacara, Harith Iskander berkongsi detik menyelamatkan seorang bayi bersama ibunya yang terper4ngkap ak1bat banjir.

Menerusi akaun Instagramnya, Harith yang menyertai misi menyelamat bersama badan bukan kerajaan (NGO), The Hope Branch bersama isterinya turut merakamkan detik tersebut.

Menurut Harith, bayi bersama ibunya itu sudah terper4ngkap selama dua malam di tingkat atas sebuah rumah kedai.

“Bayi dan ibu ini terper4ngkap di tingkat atas sebuah rumah kedai selama dua malam. Ketika kami mendengar berita mengenai Kampung Baru Hicom yang masih lagi tengg3lam, @theHopeBranch.my dengan pantas terus mendapatkan bot, membawa pasukan sukarelawan ke sana.

“Situasi yang memang tidak dapat dibayangkan kerana gelap, kedalaman air mencecah hingga 10 kaki di beberapa tempat, kereta dan van semuanya tengg3lam.

“Seorang pemilik kedai membantu kami dengan menunjukkan arah kepada bot ke rumah di mana ibu dan bayi itu terper4ngkap dan kami berjaya membantu mereka keluar dengan selamat.

“Anda sendiri boleh melihat bayi mal4ng ini mempunyai dengan ‘beg’ di bawah matanya, tetapi dia sangat baik dan tenang. Saya harap suatu hari nanti dia dapat melihat ini dan menyedari betapa hebat g4dis kecil ini,” coretnya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander)

Tambah Harith lagi, dia masih lagi tidak percaya dengan situasi yang berlaku dan berharap segalanya pul1h dengan segera.

“Secara jujurnya, saya tidak percaya bahawa ini adalah Malaysia pada tahun 2021. Bagaimana ini boleh berlaku di Lembah Klang?

“Apa yang mengh4rukan saya adalah apabila melihat ratusan rakyat Malaysia yang hadir dengan makanan dan bekalan untuk membantu.

“Tidak kecoh, tiada kegemilangan, hanya semangat nak tolong. Malam tadi saya menyaksikan #kitajagakita,” coretnya.

Walaupun banjir kini mulai surut dibeberapa tempat namun masih banyak lagi kawasan yang terjejas. Terima kasih rakyat Malaysia dan sukarelawan yang membantu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Harith Iskander Kongsi Detik Selamatkan Bayi – “Terper4ngkap Dua Malam Di Tingkat Atas, Gelap, Air 10 Kaki…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*