[Vide0] Pensyarah ajar lebih waktu pada hari Jumaat, cara pelajarnya buat untuk bagi ‘hint’ buat ramai terhibur

Walaupun sektor pendidikan kini sudah dibolehkan untuk mengadakan kelas secara bersemuka, namun masih ada institusi yang mengadakan kelas secara dalam talian sebagai langkah berjaga-jaga.

Di TikTok, tular satu gelagat pelajar bersama pensyarah mereka ketika kelas dalam talian sedang dijalankan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kelas pembelajaran secara dalam talian sedang berlangsung pada ketika itu.

Namun apa yang melucukan adalah pensyarah mereka terlupa bahawa hari tersebut merupakan hari jumaat dan terus mengajar seperti biasa hingga terlebih masa.

Video:

@koshiiyoshii

kalau lect korang tak notice buat je macam ni

♬ bunyi asal – teah <33 ♡ - teah <33 ♡

Perkara ini membuatkan pelajar-pelajar lelaki di dalam kelas berkenaan memakai songkok secara beramai-ramai sebagai ‘hint’ kepada pensyarah mereka.

Video berkenaan telah meraih 268 ribu tontonan dan 24 ribu tanda suka di TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan insiden tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarharian

Be the first to comment on "[Vide0] Pensyarah ajar lebih waktu pada hari Jumaat, cara pelajarnya buat untuk bagi ‘hint’ buat ramai terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*