“Sudah 90% Siap, Kini Hilang Sekelip Mata”- Mahligai Impian Ebby Yus Dih4nyutkan Air

Mahligai impian dibina pelawak, Ebby Yus hasil titik peluh lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, musn4h sekelip mata apabila dih4nyutkan air deras dalam benc4na banjir di Kuala Langat, Selangor, semalam.

Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dih4nyutkan air deras, meng4kibatkan Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000.

Menceritakan insiden itu, Ebby berkata, dia bersama pembantu peribadi pergi melihat kerja-kerja akhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses memasang kertas hiasan dinding, tengah hari semalam.

“Tanpa disangka, mus1bah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banjir, petang semalam.

“Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni… Saya akur dengan ketentuan ini,” katanya kepada BH Online.

Ebby berkata, kerja pembinaan rumah itu dilakukan sedikit demi sedikit dan kerap terhenti kerana dia j4tuh s4kit selain sekatan ak1bat penvlar4n p4ndem1k C0VlDl9.

“Setiap kali dapat bayaran berlakon, saya peruntukkan untuk rumah itu. Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut ( JKK), saya lunaskan baki bayaran projek pembinaan rumah itu.

“Sebelum ini, projek pembinaan bertukar kontraktor kerana masalah tidak terduga… Biasalah, kerja bina rumah semuanya perlukan wang,” katanya.

Ebby yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, dia menyewa di Kampung Baru di sini, sejak 20 tahun lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Berita Harian

Be the first to comment on "“Sudah 90% Siap, Kini Hilang Sekelip Mata”- Mahligai Impian Ebby Yus Dih4nyutkan Air"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*