“Selepas hujan tidak berhenti-henti,” – Lan Solo, isteri hantar anak-anak ke pejabat seawal jam 3 pagi

Penyanyi Lan Solo, 36, dan isteri, Nur Sheila Hassim bersama anak-anak mereka kini menetap sementara di pejabat Solo Borneo Mart di Bukit Puchong selepas kediaman mereka di Kampung Sri Aman, Puchong difahamkan dinaiki air hingga ke paras peha, mulai awal pagi hari.

Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof dihubungi berkata air naik begitu cepat dan dia bersama isteri terlebih dulu menghantar empat anak mereka ke pejabat Solo Borneo Mart, jam 3 pagi, hari ini.

“Selepas hujan tidak berhenti-henti, kediaman kami di Kampung Sri Aman, Puchong sudah mula dinaiki air sejak petang semalam. Tapi jam 3 pagi tadi, saya dan isteri sempat menghantar anak-anak ke kawasan selamat di pejabat Solo Borneo Mart di Bukit, Puchong.

“Selepas kami berpatah balik ke rumah sekitar jam 5.30 pagi, air banjir sudah semakin naik sampai lutut dan peha. Sekarang, apa jadi di rumah memang kami tak tahu dan segalanya kini berserah kepada Allah SWT,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)

Lan berkata apa yang difahamkan ramai penduduk di kawasan Kampung Sri Aman berkenaan sudah dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) banjir yang disediakan dan mereka sekeluarga memilih tinggal di pejabat syarikat kerana lokasi di kawasan tinggi.

“Apapun, saya dan isteri sangat bersyukur kerana sempat menyelamatkan keluarga kami keluar dari kawasan banjir terbabit. Sekarang, keselamatan nyawa lebih utama dan kerugian harta benda itu saya reda kerana wang boleh dicari.

“Cuma, rasa sed1hnya kami tidak dapat membantu jiran-jiran yang tersepit terutama mereka yang berpindah dengan anak-anak kecil ke pusat pemindahan itu. Kami hanya dapat tolong yang termampu saja,” katanya.

Lan berkata dia sendiri tidak menduga rumahnya dinaiki air secepat itu. Katanya, kejadian banjir yang berlaku kini adalah ujian Allah dan kita semua harus t4bah dan sabar.

Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra, 3 tahun.

Terdahulu, hujan lebat tanpa henti yang melanda Selangor dan ibu kota sejak awal pagi semalam meng4kibatkan banjir bvruk di kawasan seperti Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Puchong dan Hulu Langat yang dinaiki air.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Harian metro

Be the first to comment on "“Selepas hujan tidak berhenti-henti,” – Lan Solo, isteri hantar anak-anak ke pejabat seawal jam 3 pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*