“Selepas Hujan Ada Pelangi” – Pasangan Pengantin Selamba Randuk Banjir, Tetap Naik Pelamin!

Benc4na banjir tentunya memberi kesan kepada perancangan aktiviti harian mereka yang terkesan.

Begitu juga kepada pasangan pengantin yang tular di TikTok sejak semalam apabila meneruskan hajat bergaya dengan baju pengantin meskipun terpaksa meranduk banjir.

Berdasarkan perkongsian pengguna TikTok bernama Syikin Asri, rakannya Sofiyah Nabilah yang melangsungkan pernikahan semalam dilihat gembira bersama pilihan hatinya duduk di atas pelamin dan makan berdua.

Seperti yang dapat dilihat dalam video tersebut, kawasan pelamin dan tempat makan pengantin tersebut dinaiki lebih kurang paras lutut golongan dewasa.

Pada masa sama, jelas kelihatan hanya pasangan mempelai itu sahaja (bersama yang merakam) berada di situ tanpa kehadiran tetamu.

Video:

@asyikonnnnnnnnnn

Wedding of the year 💞💞

♬ suara asli – Zerz`SoftBoy🤺 – ZERZ SOFTBOY🤺

Ruangan komen pula dipenuhi pelbagai reaksi netizen, apa yang penting, masih ramai yang mengucapkan selamat pengantin baru.

Dalam pada itu, ada juga yang berharap agar datangnya rezeki yang lebih baik kepada pasangan itu selepas dugaan yang menimpa.

Dalam perkongsian lain selepas itu, Syikin memaklumkan bahawa Sofiyah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang medoakan.

Video:

@asyikonnnnnnnnnn

Reply to @nanaa.nurdianaa Terima Kasih netizen yang bagi komen positive semuanyaa 🥰🥰 . Terubat hati pengantin .. @sofiyahnabilah_

♬ original sound – Syikin Asri – Syikin Asri

Difahamkan, setakat artikel ini ditulis, pihak pengantin masih belum sempat memberi respon kepada orang ramai di media sosial kerana masih sibuk menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Selepas Hujan Ada Pelangi” – Pasangan Pengantin Selamba Randuk Banjir, Tetap Naik Pelamin!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*