“Patut Rezeki Dia Tak Pernah Pvtus” – Peminat Tersentuh Lihat Siti Nurhaliza Hulur Duit Belanja Kepada Frontliners, Buat Beli Goreng Pisang

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menerima pujian dalam kalangan peminat apabila video yang memperlihatkan beliau memberi wang belanja kepada petugas barisan hadapan atau frontliners viral di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu baru sahaja selesai menjalani ujian swab test secara pandu lalu.

Sebelum beredar daripada lokasi berkenaan, Siti sempat mengeluarkan beberapa keping not Ringgit Malaysia lalu dihulurkan kepada petugas yang terlibat.

“Mak Iti belanjalah, belilah apa-apa goreng pisang…” ujar Siti ringkas.

Video:

@cikjan_88

Ok ni sound orignal.. Siapa teka goreng pisang tadi.. Haha.. Thank You Mak Iti.. ❤️❤️❤️ #sitizoners #ctdk #ctdkfans

♬ original sound – Cikjan88 – Cikjan88

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan pujian dan terharu dengan kemurahan hati yang dimiliki oleh Siti Nurhaliza.

Sebelum ini, netizen turut memuji kemurahan hati Siti apabila dia membayarkan permainan seorang kanak-kanak di sebuah gedung permainan popular di ibu kota.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Patut Rezeki Dia Tak Pernah Pvtus” – Peminat Tersentuh Lihat Siti Nurhaliza Hulur Duit Belanja Kepada Frontliners, Buat Beli Goreng Pisang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*