Dah habis bateri ke? Kucing sopan, k4ku depan kamera buat ramai terpegun… tuannya kongsi rahsia jinakkan si bulus

WALAUPUN jinak dan pandai ‘bawa diri’, sifat manja kucing membuatkannya suk4r untuk duduk diam dalam tempoh lama melainkan ketika tidur.

Namun lain pula dengan seekor kucing milik seorang pemuda yang ‘berkelakuan baik’ ketika dirakamkan bersama untuk perkongsian di media sosial.

Malah, timbul tanda tanya dalam kalangan netizen sama ada si bulus itu merupakan kucing hidup atau sekadar patung.

Tom (kanan) membela Uno seperti anak.

“Itu kucing hidup ke patung? Tak gerak langsung.”

“Kenapa kucing tak bergerak?”

“Kucing tu dah habis bateri ke?” demikian antara komen netizen.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Thompson Goh berkata, kucing peliharaannya itu merupakan baka kacukan British Short Hair dan Maine Coon berusia hampir empat tahun.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Anak muda berusia 24 tahun itu menyedari komen-komen yang menghiburkan daripada netizen mengenai kucing jantannya bernama Uno yang dibelanya sejak kecil.

“Saya anggap semua komen mereka sebagai hiburan semata-mata. Saya sendiri banyak membuat video content bersama kucing sebagai hiburan.

“Kucing saya dah dilatih macam tu bila nak buat video. Bila saya on kamera, saya beritahu dia supaya duduk diam-diam semasa rakaman dibuat,” katanya ketika dihubungi.

Kebanyakan video yang dikongsi Thompson atau lebih mesra disapa Tom menerusi aplikasi TikTok menunjukkan aksinya bersama kucing dengan salah satunya meraih 4 juta tontonan.

kucing tak bergerak 6

Tom membela Uno sejak kecil.

Pemuda berasal dari Kuching, Sarawak itu menjelaskan tidak suk4r untuk menjaga kucingnya dan memastikannya sentiasa berkelakuan baik.

“Tak sus4h sebenarnya, jaga kucing ni macam jaga anak. Hari-hari kita kena rajin cakap dengan dia, bermain dengan dia, sembang dengan dia macam anak.

“Kalau dia behave (berkelakuan baik), saya akan bagi bonus dengan beri makan lebih banyak wet food (makanan basah). Biasanya dia makan dry food (makanan kering),” ujarnya sambil menambah kebanyakan video bersama kucing dirakam sekali tanpa ulangan.

kucing tak bergerak 4

Kemesraan Tom bersama kucing peliharaannya.

Walaupun begitu rapat dengan kucingnya, Tom yang merupakan finalis Hero Remaja 2020 pernah berjauhan dengan haiwan peliharaannya bagi mengikuti pertandingan itu.

“Saya pernah berjauhan dengan kucing saya selama hampir tiga bulan sebab kena ‘ku4rant1n’ sepanjang penyertaan dalam program Hero Remaja tahun lepas.

Jaga kucing ni macam jaga anak. Hari-hari kita kena rajin cakap dengan dia, bermain dengan dia, sembang dengan dia macam anak.

THOMPSON GOH

“Sepanjang tempoh itu, kucing saya dijaga oleh abang. Tak sus4h nak jaga dia sebenarnya, cuma kalau tak nak bagi bergerak tu kena latih dan ada caranya,” tambahnya.

Selain bekerja sepenuh masa dalam bidang pemasaran, anak keempat daripada lima beradik itu turut menceburi bidang peragaan dan pengacaraan secara sambilan serta mengikuti pengajian jarak jauh (PJJ) Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

kucing tak bergerak 5

Selain peragaan, Tom mahu bergiat aktif dalam pengacaraan dan lakonan.

Menurut Tom yang turut menyukai aktiviti outdoor seperti hiking dan renang, dia merancang untuk bergiat aktif dalam bidang seni bermula tahun depan.

“Saya mahu menceburi sama ada dalam bidang lakonan atau pengacaraan sekiranya diberikan peluang. Mana-mana rezeki yang datang dulu saya ambil.

“Video-video bersama kucing dibuat sekadar suka-suka, untuk mengekalkan reputasi saya dalam industri dan terus dikenali,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Dah habis bateri ke? Kucing sopan, k4ku depan kamera buat ramai terpegun… tuannya kongsi rahsia jinakkan si bulus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*