“Tak Sabar Nak Tengok Adik Hayder,” – Did4kwa Nampak ‘Baby Bump’, Instagram Eyra Hazali Mula Dibanjiri Ucapan Tahniah

Selepas setahun dikurniakan cahaya mata lelaki, pelakon Eyra Hazali kembali mencuri perhatian ramai selepas did@kwa sedang berbadan dua.

Nampak baby bump?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Biarpun belum ada sebarang pengesahan dari pemilik nama lengkap, Hazirah Qasdina Hazali, ruangan hantaran yang memuat naik foto bersama keluarga berkunjung ke sebuah taman rekreasi dipenuhi dengan komen ‘baby bump’.

Ramai dalam kalangan netizen mula menunjukkan rasa teruja serta menitipkan ucapan tahniah kepada pelakon berusia 22 tahun ini.

Malah, ada juga dalam segelintir pengikut yang sudah lama perasan dengan fizikalnya yang kian berisi. Sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengesahan mengiyakan atau menidakkan d4kwaan tersebut.

Usaha OhBulan! untuk mendapatkan jawapan dari pelakon drama Mr. Grey belum berjaya apabila kiriman mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp belum berbalas.

Terdahulu, Eyra dan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Muhammad Haziq Nadzli Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia setahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "“Tak Sabar Nak Tengok Adik Hayder,” – Did4kwa Nampak ‘Baby Bump’, Instagram Eyra Hazali Mula Dibanjiri Ucapan Tahniah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*