“Setia Itu Wujud…”- 73 Tahun Usia Perk4hwinan, Atuk Dan Nenek Bahagia N4ik Pel4min Lagi

Perasan tak kalau zaman atuk dan nenek, perkahwinan mereka kebanyakannya berkekalan cukup lama sehingga puluhan tahun. Tak usah pergi jauh, tengok sahaja orang tua sendiri di kampung. Samalah juga dengan sepasang warga emas ini yang sempat mencvri perhatian di TikTok.

Menerusi rakaman viral tersebut, pasangan berkenaan katanya sedang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-73 tahun. Bagi meraikan kedua-dua suami isteri berkenaan, anak dan juga cucu bersepakat untuk membuatkan sebuah majlis cukup bermakna.

Video:

@annawann030611

Alhamdulillah Allah Masih Lagi Pnjagkn Umur Tok N Toki…Selmat Ulang Tahun Perkahwinan Tok N Toki Yg Ke 73..Smga Sihat Selalu..#viral #fyp #viral2021 #pasanganromantis

♬ original sound – Anna Yayunk_1987 – Anna Yayunk_1987

@annawann030611

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Tok N Toki…#fyp #viral2021 #fypシ #viral

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Masing-masing yang sudah memegang pangkat atuk dan nenek tersebut diminta untuk bersanding sekali lagi. Malah pasangan berkenaan siap menyarung persalinan pengantin jenis songket berwarna maroon.

Seterusnya mereka dipimpin oleh ahli keluarga ke hadapan pelamin untuk sesi memotong kek bertingkat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan warga emas tersebut. Dalam pada itu, ramai yang mengambil peluang untuk tinggalkan ucapan tahniah serta doa semoga perkahwinan tersebut terus berkekalan sehingga ke nafas terakhir.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok Anna Yayunk, dnq.pw

Be the first to comment on "“Setia Itu Wujud…”- 73 Tahun Usia Perk4hwinan, Atuk Dan Nenek Bahagia N4ik Pel4min Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*