“Sekarang Dia Seniman Terbaik,” – Pertama Kali Bertemu Sebagai Pel4yan Hotel, Pak Nil Bangga Kejayaan Remy Ishak Di FFM-31

Pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi, menzahirkan rasa bangga diatas pencapaian yang diraih oleh pelakon, Remy Ishak setelah dia dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil, kejayaan yang diraih bintang tersebut mengingatkannya kembali saat pertama kali dia bertemu dengan Remy yang ketika itu bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah hotel di ibu kota.

Katanya lagi, Remy juga sempat menyapanya dan menyatakan hasrat untuk menjadi seorang pelakon yang disegani satu hari nanti.

“Dia pernah datang kat Pak Nil masa dia jadi waiter kat Mandarin Oriental dan bagitahu dia nak jadi pelakon!

“Sekarang dia adalah SENIMAN TERBAIK!!

Paknil tidak akan berhenti cerita Azam @remyishak sebagai contoh sebenar MEMBURU IMPIAN. Tahniah dik!,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Aznil menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

Menerusi hantaran tersebut, pelakon filem, Sangkar itu turut merakamkan ucapan penghargaannya buat Aznil yang selama ini banyak memberikannya semangat untuk terus berjuang di dalam industri seni tanah air.

“Alhamdulillah Pak Nil, dapat juga saya pegang piala FFM ni. Bukan senang nak dapatkan anugerah ini. Pak Nil pun tahu saya bermula daripada mana.

“Pak Nil tahu macam mana perjalanan seni saya. Dan Alhamdulillah, semalam bila diiktiraf oleh FFM dan diberi penghargaan seperti ini, sukar nak digambarkan.

“Terima kasih Pak Nil atas doa-doa dan kata semangat yang diberikan kepada saya selama ini. Kata-kata Pak Nil buatkan saya selalu nak berusaha ke arah yang lebih baik. Inilah hasilnya. Terima kasih Pak Nil,” luah Remy.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen turuja mendengar kisah tersebut selain turut menyifatkan Remy sememangnya wajar untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Sekarang Dia Seniman Terbaik,” – Pertama Kali Bertemu Sebagai Pel4yan Hotel, Pak Nil Bangga Kejayaan Remy Ishak Di FFM-31"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*