“Kalau sampai j0doh esok lusa pun boleh kahwin,” – Lima tahun menduda, Along Cham tak tutup pintu hati cari pasangan

LIMA tahun jalani kehidupan sebagai seorang duda, pelawak Along Cham memberitahu pintu hatinya masih terbuka untuk mendirikan rumah tangga.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 37, berkata, dia tidak pernah menetapkan tempoh masa untuk kembali membina rumah tangga, namun menyerahkan urusan itu kepada takdir.

Along berkata, tumpuannya kini hanya pada kerjaya dan juga anaknya, Ahmad Danial, 9, yang kini berada di Johor.

“Buat masa ini saya fokus 100 peratus pada karier. Selepas selesai kerja, saya start kereta dan balik ke Johor untuk tengok anak.

F2A43A7E-7C8E-4DFC-A8E1-1C6D70D57E8B

Along memberikan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dan anaknya.

“T1pulah kalau tak terbuka hati untuk menerima j0doh, cuma sekarang ni saya tengah nak betulkan track kerja dan diri sendiri.

“Saya bukan nak kata saya perlukan masa yang lama atau tidak. J0doh itu r4hsia Allah… kalau dah sampai j0dohnya, esok lusa pun boleh kahwin,” kata Along kepada mStar baru-baru ini.

Along pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron, 32, pada 23 Januari 2010.

Setelah beberapa tahun menjadi pelakon, memang ini yang saya impikan.

ALONG CHAM

PELAWAK, PELAKON

Bagaimanapun, pasangan ini berc3rai tal4k satu pada 29 Ogos 2016 setelah isteri pelawak ini dit4han sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tudvhan kh4lwat pada pada 13 Ogos 2016.

Dalam perkembangan kerjaya, Along berkata, dia menjadikan Shaheizy Sam sebagi contoh untuk memperbaiki mutu lakonannya dan menggunakan ilmu tersebut ketika melakonkan filem arahan Mawi yang berjudul Tiada Tajuk.

Dalam perkembangan lain, Along bersyukur Tiada Tajuk tersenarai antara 55 filem yang layak merebut trofi Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.

260351644_150544480637297_8154229952441025635_n

Along gembira apabila filem Tiada Tajuk arahan Mawi tersenarai untuk merebut trofi Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-31.

“Filem ini sebenarnya bermula daripada Rock Sangkut dan kita besarkan plotnya menjadi filem.

“Semasa pembikinan filem ini kita dah target sekiranya ia tidak mendapat sambutan, sekurang-kurangknya dapat menjadi filem yang terbaik dengan mesej yang ingin disampaikan.

“Setelah beberapa tahun menjadi pelakon, memang ini yang saya impikan. Menang atau kalah itu semua belakang cerita, ini juga sudah dikira sebagai satu pencapaian bagi saya,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Kalau sampai j0doh esok lusa pun boleh kahwin,” – Lima tahun menduda, Along Cham tak tutup pintu hati cari pasangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*