“Ni mesti penulis novel,” – [Vide0] Pekerja kedai makan ‘pen1ng’ terima pesanan panjang

Seorang wanita berkongsi video sekeping resit pesanan pelanggan yang diterima melalui aplikasi pesanan dalam talian sehingga menyuk4rkan urusan penyediaan.

Menerusi perkongsian video oleh @Siti Property di laman TikTok, seorang pekerja lelaki kelihatan agak pen1ng sambil ketawa membaca pesanan yang diterima oleh pelanggan.

“Nasi kandar daging tapi kuah lebih, ayam d4da. Nak nasi kandar daging, kenapa tukar ayam dada, pen1ng la,” kata pekerja lelaki itu.

Tambahnya, pesanan yang diterima hanya melibatkan dua menu tetapi pelanggan tersebut membuat banyak permintaan bagi setiap menu yang dipesan.

“Nak kuah lebih, pedas, kuah letak sekali, bagi sedap, kuah bagi banj1r, kuah bagi banyak sampai tak nampak nasi, nampak kuah sahaja, campur semua kuah,” katanya ketika membaca pesanan pelanggan.

Video:

@sitiproperty7

Siapa selalu order foodpanda buat karangan🤣🤣🤣 #fyp #foodpanda #viral2021 #restoranmeerazak

♬ original sound – AkakPeyek – Siti Property

Lebih menarik, pelanggan itu sempat mengingatkan pihak kedai agar tidak meletakkan sebarang jenis sayuran dan jika ada, dia tidak mahu memesan semula pada masa akan datang.

Selain itu, video tersebut menjadi tular di media sosial dan rata-rata orang ramai turut terhibur dengan kejadian yang berlaku.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "“Ni mesti penulis novel,” – [Vide0] Pekerja kedai makan ‘pen1ng’ terima pesanan panjang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*