“Mak balik jadi jen4zah” – Lega permintaan ibu sempat ditunaikan tapi sambutan hari lahir h4mbar, kejvtan tak kesampaian… C0vldl9 r4gut semuanya!

TIGA tahun lalu, seorang pemuda sanggup meninggalkan kerjaya dan melupakan impiannya di Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung demi menjaga ibu bapa yang uzvr.

Menjaga kedua-dua orang tua secara bergilir-gilir di Felda Adela di Kota Tinggi, Johor, bapanya kemudian men1ngg4l dvnia ak1bat str0k pada Mac tahun lalu.

mStar pada Ogos lalu berkongsi kisah ketabahan pemuda ini menjaga ibu yang memerlukan penjagaan rapi dan r4watan susulan pemb3dah4n ak1bat peny4kit kenc1ng manis.

Kamal (kiri) sebelum ini pulang ke kampung untuk menjaga ibu bapanya.

Begitu berat dvgaan buat lelaki berusia 31 tahun itu apabila sekali lagi diuji dengan berita ibunya dijemput Ilahi ak1bat kompik4si C0vldl9, pada 1 November lalu.

Apa yang lebih menyed1hkan bagi Mohd Kamal Mohamad Saad apabila tiga hari sebelum itu iaitu 28 Oktober merupakan hari lahir ibunya ke-69.

“Mak lahir pada 28 Oktober. Tapi kami adik-beradik rancang nak sambut birthday mak pada 30 Oktober sebab semua adik-beradik balik, termasuk abang sulung yang berusia 46 tahun dan bertugas sebagai askar selama 12 tahun pulang dari Australia.

“Ingatkan nak surprise mak dengan kepulangan abang tapi tak kesampaian sebab mak dimasukkan ke h0spital sebab ada kompl1k4si pada 29 Oktober,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kamal yang merupakan anak ketujuh daripada lapan adik-beradik itu turut berkongsi tentang beberapa permintaan ibunya pada hari berkenaan.

“Pada tanggal 29 tu mak nak makan kek, saya bawa mak pergi tepi laut makan. Lepas tu kami jalan-jalan sekitar Felda. Mak sangat manja petang tu.

“Bila balik ke rumah, mak minta saya mandikan dia. Selalunya mak mandi sendiri, tapi hari tu mak minta saya mandikan. Lepas dah mandi dan beri makan malam, masa tu mak semakin lem4h sebelum dibawa ke klinik dan seterusnya dimasukkan ke h0spital,” ujarnya sambil menambah ibunya memerlukan bantuan pern4fasan kerana paras oksigen menurun.

tiada lagi jaga mak 4

Kamal (kiri) begitu rapat dengan ibu.

Bagaimanapun kata Kamal, majlis ulang tahun ibunya tetap diteruskan tanpa kehadiran ibunya yang masih dir4wat di h0spital.

“Mak masih bermalam di h0spital, mak kata teruskan majlis sebab semua dah tempah. Ramai kawan bagi kek dan makanan. Nanti mak balik.

“Tak sangka mak balik jadi jen4zah. Esoknya 1 Disember, saya dapat call daripada doktor beritahu mak tak dapat diselamatkan, j4ntungnya terhenti,” katanya dengan nada seb4k.

tiada lagi jaga mak 2

Membawa ibu menikm4ti makanan di tepi laut.

Kamal yang mengusahakan bisnes kek secara kecil-kecilan mengakui hilang arah dan sed1h selama beberapa hari, dengan ibunya men1ngg4l dvnia pada hari kedua dia perlu menjalani ku4rant1n di rumah selepas menjadi kontak rapat dan turut disahkan positif C0vldl9.

“Permintaan mak semuanya saya dapat tunaikan. Mak nak makan, keluar, jalan-jalan, nak beli itu ini semua dapat.

Sesiapa yang masih ada mak ayah, selagi boleh balik, baliklah. Kalau sibuk dengan kekangan kerja, telefon. Kalau tak video call, call selagi boleh dengar suara mereka. Nanti bila dah tak ada mak ayah, kita akan r1ndu

MOHD KAMAL MOHAMAD SAAD

“Cuma saya terk1lan mak tak dapat sambut hari jadi, nak tengok anak-anak dia semua. Paling terk1lan bila anak mak yang sulung bertugas kat luar negara nak balik tapi tak dapat tengok mak, sedangkan hari itulah hadiah saya untuk mak,” katanya yang menyifatkan ibunya seorang yang tegas dan lantang bersuara tetapi penyayang.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana berpeluang untuk menjaga ibu bapanya yang uzvr dengan baik sehingga kedua-duanya menghembvskan n4fas terakhir.

tiada lagi jaga mak 5

Arw4h ibu Kamal seorang penyayang.

Kamal sebelum ini meninggalkan kerjaya dalam bidang khidmat pelanggan dan kerja separuh masa sebagai pengacara majlis (emcee), selain menjalankan bisnes kek di Lembah Klang. Dia juga melupakan impiannya untuk menjadi pembaca berita, di mana ketika itu uji bakat di peringkat akhir.

“Nasihat saya kepada sesiapa yang masih ada mak ayah, selagi boleh balik, baliklah. Kalau sibuk dengan kekangan kerja, telefon. Kalau tak video call, call selagi boleh dengar suara mereka.

“Nanti bila dah tak ada mak ayah, kita akan r1ndu. Bila balik, rakam seberapa banyak video dengan mereka. Tak kisah orang nak cakap apa sebab itu koleksi peribadi kita.

“Saya teringat mak selalu datang ke dapur tengok saya buat kek, mak akan tanya ‘Mal (panggilan nama Kamal) berapa biji kek lagi Mal nak buat?’,” ujarnya dengan suara yang tersekat-sekat menahan tang1san.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Mak balik jadi jen4zah” – Lega permintaan ibu sempat ditunaikan tapi sambutan hari lahir h4mbar, kejvtan tak kesampaian… C0vldl9 r4gut semuanya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*