“Setiap bulan menghitung hari untuk hamil,” – Nabila Huda hasrat tambah ahli keluarga

Pelakon dan pengacara, Nabila Huda sekali lagi menyuarakan keinginannya untuk menambah ahli keluarga baharu pada sambutan ulang tahun kelahirannya, 2 Disember lalu.

Biarpun telah dua kali me­ngalami kegvguran, namun Nabila atau mesra disapa Abil tetap bersemangat dan berusaha keras agar hasratnya untuk menimang cahaya mata tercapai.

Luah Abil, keinginannya itu seiring dengan peningkatan usianya yang telah memasuki 37 tahun dan dia memohon peminat supaya mendoakannya agar dipermudahkan untuk menimang cahaya mata.

“Saya harap semua orang dapat doakan saya menimang zvriat. Saya betul-betul nak ada anak lagi. Harap semua dapat doakan saya,” luahnya seb4k.

Pelakon filem Munafik itu sebelum ini dilaporkan telah dua kali mengalami kegvguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.

Bagaimanapun, usahanya belum membuahkan hasil walaupun setiap bulan menghitung hari dan berharap dikurniakan rezeki untuk hamil lagi.

Ujar Nabila, dia beranggapan bahawa kesukarannya untuk kembali hamil berkemungkinan disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami kegvguran sebelum ini.

Pada masa sama, pada sambutan hari kelahirannya, anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu juga berharap supaya dia dapat menjadi seorang wa­nita yang lebih baik berbanding sebelum ini, sesuai dengan peningkatan usianya.

Nabila mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd. Izwan Johar pada Disember 2015.

Sementara itu, menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan seorang anak pe­rempuan Keisha Laila yang kini berumur 11 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "“Setiap bulan menghitung hari untuk hamil,” – Nabila Huda hasrat tambah ahli keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*