Sejak kecil kac4u alat mekap kakak, kini wajah bagai kanvas karya… remaja miliki jemari magis tak ser1k tonjolkan bakat, mahu cari kepuasan diri

JARI-jemari kreatif pelajar ini dalam menghasilkan solekan wajah menerima pujian pelayar media sosial.

Bukan sekadar solekan biasa, malah Ahmaddin Mohd Aldiee, 18, turut menjadikan wajahnya sebagai kanvas untuk menghasilkan karya lukisan yang cukup mengagumkan.

Bercakap kepada mStar, pelajar tingkatan enam dari Ranau, Sabah itu mengakui sudah meminati bidang berkenaan sejak kecil lagi.

Hasil solekan pada wajah Madin yang dibuat olehnya sendiri.

Lebih hebat, dia yang mesra disapa Madin tidak pernah mengikuti sebarang kursus profesional sebaliknya mengasah kemahiran menerusi rujukan internet sahaja.

“Saya minat mekap sejak kecil lagi, sekitar umur enam tahun. Biasalah masa budak-budak, saya selalu kac4u alat mekap kakak. Saya selalu cuba, lama-lama jadi minat.

“Saya hanya belajar sendiri. Tidak pernah pergi kelas ataupun kursus. Biasanya saya hanya tonton tutorial di Instagram dan YouTube. Kalau bosan, saya pasti akan tonton video tutorial,” ujarnya.

Menurut anak kelima daripada tujuh beradik itu, dia mula berkongsi hasil solekannya menerusi Instagram pada tahun 2018 dan mula beralih ke TikTok pada tahun lalu.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Siapa sangka, penangan kreativitinya itu, Madin kini memiliki hampir 200,000 pengikut di aplikasi TikTok.

“Pada awalnya saya hanya kongsi di Instagram. Pada tahun lepas, saya kongsi pula di TikTok. Biasanya saya juga akan buat siaran live ketika mekap.

Mungkin di mata saya dah OK, pada mata orang masih ada kekur4ngan. Jadi saya terbuka dengan tegvran.

MADIN

“Biasanya saya akan live dalam tiga jam untuk lengkapkan satu-satu solekan. Sejujurnya saya pun tak sangka dapat followers begini. Malah, ada juga saya dapat tawaran reviu sikit-sikit,” ujarnya.

Menurut pelajar berbangsa Dusun yang turut berketurunan Bajau dan Brunei itu, dia turut peka dengan tanggapan segelintir individu yang kurang senang melihat kaum Adam berkecimpung dalam bidang solekan.

Namun kata Madin, dia tidak pernah berkecil hati dan hanya meneruskan minat demi mencari kepuasan diri.

“Saya tahu mekap saya macam mana. Mekap saya tidak terarah kepada nak menyerupai perempuan. Saya tak ambil hati pun kalau ada komen sebegitu.

madin2

Madin bersyukur dengan sokongan yang diterima di media sosial.

“Pesanan saya kepada mereka di luar sana, buatlah apa saja yang menggembirakan anda, puaskan diri anda sendiri, jadi diri sendiri.

“Jangan ambil kisah apa yang orang cakap kalau ia membawa kebahagiaan kepada kita. Asalkan kita tahu kita berada di landasan yang betul,” ujarnya lagi.

Tambah Madin, dia berterima kasih atas sokongan ramai, sekaligus memberi semangat untuk dia terus berkarya pada masa akan datang.

“Saya nak ucap terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada saya. Tanpa anda, mungkin saya tiada di sini. Harapnya saya terus konsisten selepas ini.

“Saya juga terbuka dengan sebarang komen membina, untuk menambahbaik kemahiran saya. Mungkin di mata saya dah OK, pada mata orang masih ada kekur4ngan. Jadi saya terbuka dengan teguran.

“Impian saya sudah tentu nak jadi jurusolek profesional suatu hari nanti. Rugi kalau sia-siakan bakat yang dah ada dalam diri,” ujar Madin lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Sejak kecil kac4u alat mekap kakak, kini wajah bagai kanvas karya… remaja miliki jemari magis tak ser1k tonjolkan bakat, mahu cari kepuasan diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*