Pemuda gigih kongsi peranti canggih kesan kucing kuat merayap, komen netizen pula jadi tumpuan

Buat pencinta kucing, kehilangan si bulus pastinya membuatkan mereka runsing, malah sampai tahap tidak boleh lena tidur dibuatnya.

Mana tidaknya, si comel yang dibela penuh kasih sayang sejak kecil dan berbulu gebu tidak dinafikan sentiasa menjadi perhatian orang.

Sayang sekali jika diambil atau terambil orang gara-gara keluar rumah ‘mencari pasangan’ ketika musim meng4wan.

Pun begitu, perkongsian seorang pemuda dalam akaun TikTok miliknya memberikan idea bernas buat orang ramai yang berdepan masalah sama.

Video pendek yang dikongsikan @izzatbadleeshah menjadi perhatian ramai warganet sehingga menerima lebih 3.9 juta jumlah tontonan.

Dalam video itu, Izzat Badlee Shah menyarankan penggunaan alat pengesan AirTag keluaran Apple bagi mereka yang mempunyai kucing jenis suka merayap.

Highly recommended untuk kucing yang kaki merayap ,” katanya.

Video:

@izzatbadleeshah

Higly recommended untuk kucing yang kaki merayap 😽 #fyp #fypシ

♬ Dj BonBon Remix – 𝓕𝓱𝓪𝓪 🐝 || • 𝐍𝐏

Selain berkongsikan saiz yang kecil, simple dan mampu milik, Izzat Badlee Shah juga menulis beberapa kelebihan peranti comel itu.

Antaranya, bateri boleh bertahan hingga 6 bulan selain kalis air dan debu.

Bentuk AirTag yang ringan dan bulat pula dilihat sesuai dijadikan kalung kucing, malah beratnya pun macam gula-gula.

Bagi mereka yang bimbang jika AirTag tersebut dicuri orang, Izzat Badlee Shah memberitahu, disebabkan peranti itu hanya connect dengan aplikasi Find My Iphone dan Apple ID sahaja.

“Jadi, orang lain tak boleh cvri kerana satu AirTag untuk satu Apple ID saja,” katanya.

Pemuda itu juga menunjukkan cara mengguna peranti tersebut untuk mengesan kucing kesayangannya yang dipanggil dengan nama Man.

Jika dilihat video tersebut, memang mudah untuk mencari kucing dengan dua cara iaitu bunyi penggera atau penunjuk arah di mana si bulus berada. Mudah bukan?

Sementara itu, komen-komen netizen yang mengikuti perkongsian video tersebut memang tidak pernah mengecewakan.

Malah, terdapat komentar yang mahu memasang peranti itu pada suami yang kerap hilang.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarharian

Be the first to comment on "Pemuda gigih kongsi peranti canggih kesan kucing kuat merayap, komen netizen pula jadi tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*