“Kalau Allah Dah Decide Untuk Tamat, Aku Takkan Ingk4r” – Fynn Jamal

Bekas penyanyi, Fynn Jamal akui akaun Instagram miliknya sering mendapat am4ran gara-gara dikatakan menggalakkan keb3ncian. Menurut Fynn, dia sentiasa memilih untuk bersikap terbuka dan selalu menulis tentang perkara yang tidak dipersetujui di Instagram.

Malah yang terbaru, perkongsiannya berkaitan isu ibu hamil tanpa nikah yang dinamakan sebagai ‘bi0mom’ dipadam oleh platform media sosial berkenaan.

“Terima kasih untuk yang report seraya membuktikan kemvngkaran selayaknya diraikan.

“Kitorang yang kena sc4m, kitorang yang kena tvduh menj4hat. Banyak kali akaun aku dapat w4rning sebab aku dikatakan prom0ting h4tred. Sebab aku tak bersetuju dengan hal-hal h4ram, dan aku menulis terbuka tentangnya.

“Ini bukan kali pertama, takpa sekurang-kurangnya aku dah lepaskan bahagian aku,” coretnya.

Dalam pada itu, Fynn juga menerima sekiranya akaun Instagramnya tiba-tiba hilang meskipun jauh di dasar hati, dia masih belum bersedia.

“Seandainya akaun aku tiba-tiba lesap, ternyata sudah sampai masanya untuk aku kabut bersama asap.

“Walau aku selalu cakap aku nak menghilang, deep inside aku suka jadi mak dan kakak korang.

“Aku rasa belum masa lagi, tapi kalau Allah dah decide untuk tamat, aku takkan ingk4r untuk akui,” kongsinya lagi.

Perkongsian itu mendapat respon berbeza daripada para pengikut Fynn, ramai juga yang bersetuju dengan pendapatnya.

Sekadar info, Fynn sering membantu golongan ibu hamil anak tanpa nikah, salah satunya dengan mendapatkan keluarga angkat (untuk bayi terlibat) sejak hampir 20 tahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Kalau Allah Dah Decide Untuk Tamat, Aku Takkan Ingk4r” – Fynn Jamal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*