Simpan minat sejak zaman sekolah, Pulau Perhentian saksikan impian jejaka ini nak meluncur ombak jadi realiti… segalanya hanya dalam 4 jam!

SUKAN luncur ombak sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri biarpun ia tidak begitu popular di negara ini.

Antara yang sudah lama memendam rasa untuk menceburi sukan tersebut tentunya jejaka berusia 23 tahun ini.

Menurut Amir Ashraf Amir Hamzah, minat yang dipendam sejak zaman sekolah itu akhirnya direalisasikan selepas dia menyertai sebuah kem luncur ombak di Terengganu, baru-baru ini.

Kata Amir, minat terhadap aktiviti itu sudah lama bercambah dalam dirinya.

“Saya minat nak cuba luncur ombak sejak zaman sekolah lagi. Dulu selalu tengok dalam filem saja. Tapi tak pernah cuba. Tak tahu nak cuba kat mana dank jumpa peluang.

“Sehinggalah baru-baru ini, saya dapat tahu melalui seorang kawan bahawa ada kem luncur ombak di Pulau Perhentian selama tiga hari.

“Jadi saya ambil peluang untuk menyertainya. Itu merupakan kali pertama saya belajar dan mencuba aktiviti luncur ombak sepanjang hidup ini,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Amir, dia yang menetap di Putrajaya mengakui agak t4kut pada mulanya memandangkan aktiviti itu dilakukan di kawasan pantai.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Amir, dia ris4u akan banyak perkara, namun cuba fokus demi mempelajari ilmu baharu yang sudah lama diminatinya itu.

“Saya memang zero experience. Sepanjang tiga hari di sana baru saya belajar step by step. Awalnya memang ada perasaan t4kut.

Kalau ada yang minat nak main sukan ini misalnya, anda kena percaya dengan diri.

AMIR

“Bila berada dalam air, macam-macam perasaan datang. Ris4u ada ikan besar, ris4ukan ombak dan sebagainya.

“Tapi tenaga pengajar beri saya keyakinan. Bila saya mula rasa fun, perasaan t4kut pun mula hilang. Dalam tiga ke empat jam dah boleh meluncur.

“Cuma cab4rannya untuk hilangkan rasa t4kut. Kedua, kena belajar fokus dan seimbangkan badan. Dalam air ni semuanya tak dijangka. Ia mengajar kita untuk bersedia dalam apa jua situasi,” ujarnya lagi.

amir3

Antara yang turut terlibat dalam program tersebut.

Selepas mencuba aktiviti itu selama tiga hari di Pulau Perhentian, Amir juga bercadang membeli papan luncur sendiri untuk meneruskan minatnya itu pada masa akan datang.

Malah kata Amir, dia tak kisah berhabis wang asalkan ia memberi kepuasan buat dirinya.

Dalam pada itu, Amir turut menitipkan pesan kepada orang di luar sana agar tidak t4kut untuk mengejar minat mereka.

“Kalau ada yang minat nak main sukan ini misalnya, anda kena percaya dengan diri. Hidup ini sekali saja. Kalau nak cuba, teruskan.

amir4

Kata Amir, dia menyertai program itu selama tiga hari bermula 26 sehingga 28 November.

“Ada juga kawan saya yang tak minat luncur ombak tapi dia sekadar cuba baru-baru ini, terus dia pun dah j4tuh cinta,” ujarnya yang turut berkongsi video aktiviti itu menerusi Instagram miliknya.

Menurut Amir, kem luncur ombak Surf Perhentian yang berlangsung pada 26 sehingga 28 November lalu dihadiri lebih 100 peserta termasuk dirinya.

Program itu dianjurkan oleh Harrera Perhentian bersama komuniti luncur ombak tempatan yang mana ia merupakan program pertama seumpamanya di pulau tersebut.

amir6

Program ini dijangka berlangsung sekali lagi pada Mac 2022.

Tambah Amir lagi, dia juga bercadang menyertai acara itu yang dijangka dilangsungkan buat kali kedua pada Mac tahun depan.

Mengenai dirinya, Amir yang juga anak ketiga daripada empat beradik kini bertugas dengan syarikat e-dagang Lazada.

Pada masa sama, dia juga sedang menjalani pengajian dalam bidang Sumber Manusia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Simpan minat sejak zaman sekolah, Pulau Perhentian saksikan impian jejaka ini nak meluncur ombak jadi realiti… segalanya hanya dalam 4 jam!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*