Penampilan Zizi Kirana Jaga Aur4t Ketika Berbulan Madu Terima Pujian Netizen – “Hebat Dalam Air Pakai Stoking”

Pasangan selebriti suami isteri Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana menarik perhatian wargamaya apabila sedang menikmati percutian pra-bulan madu di Semporna, Sabah.

Menerusi laman sosial Instagram, kedua pasangan tersebut berkongsi foto dan video kembara romantis mereka untuk tatapan umum.

Pre-honeymoon with my lovely wife @zizi_kirana. Banyak lagi pulau yang kami tak sempat nak pergi sebab tak cukup masa kena balik sebab kerja. Insya-Allah next trip, Pulau Mabul!” tulis Yusuf di ruangan kapsyen video.

Namun di sebalik perkongsian tersebut, mata wargamaya lebih terarah pada penampilan Zizi yang sopan menutup aur4t walaupun melakukan aktiviti di tepi pantai dan tengah lautan.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)

Tidak hanya itu, penampilan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36, yang mengenakan stoking kaki dengan jubah beserta tudung labuh itu turut mendapat pujian ramai.

Rata-rata wargamaya suka melihat perubahan Zizi dan turut sama memuji Yusuf, 29, kerana pandai menjaga isterinya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 350,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu selepas berkenalan selama dua bulan ketika bersama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Penampilan Zizi Kirana Jaga Aur4t Ketika Berbulan Madu Terima Pujian Netizen – “Hebat Dalam Air Pakai Stoking”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*