“Mak pasti paling happy saya rasa,” – Chong Wei dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan

Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Upacara Konvokesyen ke-58 universiti itu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau di sini hari ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM berkenan menyampaikan ijazah kehormat tersebut.

Dalam istiadat tersebut, baginda bertitah agar semua pihak berhenti melakukan aktiviti-aktiviti yang mengancam kesejahteraan masyarakat dengan keutamaan mestilah diberikan sepenuhnya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

“Pertelagahan mahupun pertelingkahan yang dapat meruntuhkan benteng perpaduan masyarakat termasuk melalui media sosial perlu dihentikan sepenuhnya.

“Inilah masanya untuk kita manfaatkan ilmu dan pengetahuan agar dapat keluar seberapa segera dari kemelut yang ada.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)

“Kita mampu melakukannya dan sama-sama memainkan peranan dalam memerangi Covid-19,” titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen ke-58 USM di Balai Menghadap Hijau Istana Arau di sini hari ini.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "“Mak pasti paling happy saya rasa,” – Chong Wei dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*