“Ingat Saya Peduli?” – Bekas Kekasih Hilang Nak Perempuan Lain, Vida Sudah Move On

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengakui sudah ‘move on’ dengan perihal hubungan percintaan yang tidak menjadi memandangkan bekas kekasihnya did4kwa mencari wanita lain.

Menerusi platform TikTok, Vida berkongsi perkongsian video sedang gembira dan menari sebagai tanda dirinya sudah ‘move on’ daripada hubungan cintanya yang tidak menjadi.

“Tiba-tiba menghilang nak perempuan lain, ingat saya peduli? Move on,” tulis Vida di dalam video.

Pada masa yang sama, lelaki yang dikaitkan dengan Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli dikhabarkan telah berhijrah ke negara jiran Indonesia untuk urusan kerja.

Di laman Instagramnya, Iqbal turut berkongsi pertemuannya bersama selebriti terkenal Datuk Rossa dan sedang berseronok dengan aktiviti berkaraoke dengan seorang wanita.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan sokongan kepada Vida untuk meneruskan kehidupannya meskipun berdepan kekec3waan bercinta.

Malah, ramai yang turut menitip pesan agar Vida mencari pasangan yang bersesuaian dan memberi tumpuan pada kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 2.4 juta tontonan daripada warga TikTok.

Beberapa bulan yang lalu, kisah hubungan cinta Iqbal dan Vida hangat diperkatakan namun perkahwinan mereka dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu yang berkeras tidak bersetuju.

Malah, Iqbal turut kelihatan seperti berpvtus asa untuk meneruskan hubungannya bersama usahawan itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Ingat Saya Peduli?” – Bekas Kekasih Hilang Nak Perempuan Lain, Vida Sudah Move On"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*