“Kalau minat Bollywood, ini adalah drama Bollywood 3 in 1,” – Nynaa Harizal tutup buku cer4i, kembali taat kepada suami

KEM3LUT rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas hampir sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan untuk berbaik.

Pasangan tersebut hadir menaiki kenderaan yang sama ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kira-kira pvkul9 pagi pada Rabu bagi sebutan k3s tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya 12 November lalu.

Peguam yang mewakili Fahmi, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, hubungan rumah tangga itu berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyvz dalam perhubungan mereka.

“Hari ini di hadapan hakim Muhammad Yusof Sulaiman kita berjaya merekodkan penyelesaian atau perintah persetujuan antara kedua belah pihak.

“Antara terma-termanya akan diberitahu melalui sidang media akan datang dan salah satu daripadanya adalah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berbaik semula.

mstar_nynaa_harizal_211201_ONLINE.00_01_06_02.Still006

Pasangan Nynaa Harizal dan suami Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas hadir bersama di Mahkmah Rendah Syariah Kuala Lumpur

“Jadi tiada isu lagi, tiada isu nusyvz dan semuanya kembali taat dan seperti dapat dilihat pasangan ini hadir secara baik dan bersama.

“Alhamdulillah rumah tangga mereka dapat dipelihara dengan izin Allah,” ujarnya kepada mStar pada pagi Rabu.

Sementara itu Mohamed Fahmi, 29, berkata, dia dan pelakon drama Kekasih P4ksa Rel4 itu akan menjelaskan apa yang berlaku kepada rumah tangga mereka secara terperinci dalam satu sidang media tidak lama lagi.

Kalau kamu minat drama Bollywood… ini adalah drama Bollywood 3 in 1.

MOHAMED FAHMI

SUAMI NYNAA HARIZAL

“Apa yang penguam saya cakap adalah benar, kami akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat.

“Kami akan jelaskan segalanya tentang situasi kami, kalau kamu minat drama Bollywood… ini adalah drama Bollywood 3 in 1.

“Dekat sidang media nanti anda boleh tanya semua soalan yang ingin diajukan sebab mahkamah dah bagi perintah, kertas kerja akan siap petang ini atau esok,” ujarnya.

K0nfl1k rumah tangga pasangan ini tercetus pada 3 November lalu apabila Mohamed Fahmi tidak mengetahui keberadaan isterinya namun mengesy4ki Nynaa pada ketika itu berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya.

mstar_nynaa_harizal_211201_ONLINE.00_01_36_01.Still008

Pasangan Nynaa Harizal dan Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas mencapai persetujuan untuk berbaik.

Kemudian pada 11 November lalu, Fahmi membuat tuntutan nusyvz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa did4kwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Fahmi selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Manakala, Nynaa pula memfailkan permohonan cer4i kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor pada 10 November lalu.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Kalau minat Bollywood, ini adalah drama Bollywood 3 in 1,” – Nynaa Harizal tutup buku cer4i, kembali taat kepada suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*