Joe Flizzow Kenang Zaman Sekolah, Ucap Terima Kasih Pada Guru – “Kali Terakhir Jumpa Sebab Mas4lah Dis1plin”

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow melahirkan rasa gembira apabila terserempak dengan pengetua sekolahnya sewaktu menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Joe mengimbas kembali kenangan bersama pengetua sekolahnya, Puan Jamilah Rahmat.

Menurut Joe, kali terakhir bertemu dengan Puan Jamilah adalah dipejabatnya kerana dipanggil disebabkan mas4lah dis1plin.

“Terserempak dengan bekas pengetua Sekolah Menengah Subang Utama, Puan Jamilah Rahmat di sebuah majlis perkahwinan.

“Dia mengingatkan saya yang kali terakhir kita ‘bersemuka’ adalah ketika saya dipanggil ke pejabatnya kerana masalah dis1plin.

“Saya terkes1ma dia mengingati setiap setiap detail yang berlaku pada hari tersebut,” kongsinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow)

Menerusi hantaran yang sama, Joe juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang bergelar guru kerana mencurahkan ilmu kepada pelajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

“Sekalung rasa sayang untuk semua guru-guru yang telah memberikan kami ilmu pengetahuan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Dia menceriakan hari saya apabila berkata ‘awak menjadi seorang yang bagus, lebih daripada itu. Nakal tak apa, jahat jangan’. Terima kasih cikgu,” coretnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Joe Flizzow Kenang Zaman Sekolah, Ucap Terima Kasih Pada Guru – “Kali Terakhir Jumpa Sebab Mas4lah Dis1plin”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*