Video Ujibakat Muncul Semula, Netizen Masih Samakan Andi Bernadee Dengan Suneo Dalam Kartun Doraemon

Umum mengetahui, penyanyi dan pelakon Andi Bernadee pernah melalui jalan yang suk4r sewaktu ingin mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian.

Sejak usia remaja, penyanyi asal Kota Kinabalu, Sabah itu kerap menyertai pelbagai ujibakat pertandingan nyanyian.

Antara program nyanyian yang disertai oleh Andi termasuklah Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million dan juga Big Stage.

Namun, nasib tidak menyebelahinya. Nama Andi masih kurang panas. Namun, siapa sangka, berkat kesungguhannya yang tidak mengenal putus asa, tuah Andi dalam bidang seni mula menunjukkan sinar apabila namanya mula dikenali selepas dia menerbitkan lagu berjudul Donde.

Sejak itu, kelibatnya dalam industri semakin diberi perhatian manakala karier seninya juga semakin cemerlang.

Bercakap mengenai penyertaannya dalam beberapa pertandingan nyanyian, baru-baru ini, klip ujibakat Andi sewaktu menyertai pertandingan One In A Million kembali dikongsikan oleh wargamaya menerusi aplikasi Tiktok.

Video:

Menerusi proses ujibakat berkenaan, Andi menyanyikan lagu It Might Be You yang pernah dipopularkan oleh Stephen Bishop.

Menariknya, meninjau ruangan komen, pelbagai komen lucu ditinggalkan oleh pengguna aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun, tidak semua komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial menyentuh berkenaan wajah Andi yang menyerupai Suneo.

Ada juga yang memuji ketabahan Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile itu dalam menanam tekad untuk terus berjaya sebagai penyanyi seperti hari ini.

Terdahulu, hal mengenai kemiripan wajah Andi dan watak Suneo pernah dibincangkan menerusi dalam rancangan Extra Lawak.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Video Ujibakat Muncul Semula, Netizen Masih Samakan Andi Bernadee Dengan Suneo Dalam Kartun Doraemon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*