PU Riz tabik peranan guru, akui tugas mereka tidak mudah

Pelakon dan penceramah bebas, PU Haris Ismail, 26, menganggap tanggungjawab dan peranan yang digalas oleh seorang guru itu tidak semudah seperti yang dilihat oleh orang ramai.

Menurut Haris, guru yang bertugas lebih daripada 10 tahun adalah guru yang hebat dan memiliki ment4l yang kent4l.

“Profession guru dilihat mungkin agak ‘simple’, (iaitu) datang sekolah dan mengajar.

“Ia sebenarnya tidaklah semudah itu, mereka juga perlu melakukan kerja perkeranian, penyediaan bahan peperiksaan, ujian lisan, jaga kantin dan pintu masuk sekolah, ambil suhu pelajar, dan bermacam macam lagi.

“Bukan mudah untuk menjadi pendidik dan jasa mereka terlalu tinggi,” ujarnya dalam satu hantaran di Instragram miliknya, dua hari lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Suami kepada selebriti Neelofa ini juga turut berterima kasih kepada semua guru di dunia ini terutama individu yang pernah mendidik dirinya.

“Sekarang dah mengorak langkah dalam dunia pendidikan sebenar memang lebih merasai pengorbanan guru-guru.

“Jadi apa yang saya nak sampaikan pada hari ini, pelajar (kena) hormat guru (supaya) guru sayangkan pelajar,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, bekas peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 ini juga mengingatkan para guru supaya saling hormat-menghorm4ti antara satu sama lain.

“Guru sesama guru juga perlu menghorm4ti antara satu sama lain, sebab ini kerja mulia (jadi) hati kena bersih dan jiwa mesti kuat,” katanya.

Untuk rekod, PU Riz sebelum ini telah memulakan tugas sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sri Petaling.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarharian

Be the first to comment on "PU Riz tabik peranan guru, akui tugas mereka tidak mudah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*