“Dia Bercita-Cita Bawa Keluarga Pergi Mekah,” – Ebit Lew Lawat Pus4ra & Keluarga Arw4h Zulfarhan Osman, Beri Hadiah Pakej Umrah

Pendakwah bebas ustaz Ebit Lew kembali aktif membantu orang yang memerlukan sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan umrah dan beliau terpanggil untuk menziarahi ibu bapa serta pusara Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Menerusi laman sosial Facebook, Ebit berkongsi momen-momen sewaktu kunjungannya ke rumah Zulkarnain Idros dan isteri Hawa Osman untuk tatapan umum.

Tambah s4yu apabila kunjungannya pada hari ini j4tuh pada tarikh hari lahir Allahyarham Zulfarhan.

Difahamkan, Ebit dulu bersekolah Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, sama dengan Allahyarham Zulfarhan sebelum arw4h melanjutkan pengajian di UPNM.

“Seb4k s4yu rasa ziarah mak ayah Arw4h Zulfarhan UPNM. Selepas Subuh tadi saya terus ke Skudai Johor. Hari ini hari lahir arw4h. 29 Nov.

“Berat ujian mereka kehilangan anak tersayang. Arwah Zulfarhan rupanya sekolah menengah teknik johor bahru. Sekolah saya dulu. Maknanya junior saya dulu. Beliau anak yang baik. Anak sulung bercita-cita nak bawa keluarga pergi haji umrah.

“Kata maknya tempat duduk ustaz tu tempat arw4h berehat selalu. Sepanjang berbual dalam senyuman kedua ibubapanya asyik mengalir air mata. Sempat ziarah sekolah tempat maknya bekerja berjumpa guru dan rakan pejabatnya. Ayahnya bekerja bawa teksi. Baik sangat kedua mak ayahnya. Lemah lembut orangnya,” tulis Ebit.

Lebih istimewa apabila Ebit turut memberikan pakej mengerjakan umrah buat Zulkarnain dan Hawa sebagai hadiah di hari lahir Zulfarhan kerana memang niat arw4h untuk menghantar kedua orang tuanya ke Mekah.

“Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya disember ini. Syukur mereka gembira menerimanya. Segala puji bagi Allah. Men4ngis gembira terutama hari lahir arw4h Farhan. Terasa macam anaknya sentiasa ada dekat.

“Mereka teringin sangat nak pergi haji atau umrah. Katanya syukur Allah jemput kami melalui ustaz. Sempat ziarah kvbur arw4h tadi. Semoga Allah mudahkan segala urusan keluarga ini,” ujar beliau lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Dia Bercita-Cita Bawa Keluarga Pergi Mekah,” – Ebit Lew Lawat Pus4ra & Keluarga Arw4h Zulfarhan Osman, Beri Hadiah Pakej Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*