[Vide0] Mampu tiru enam bunyi enjin kereta 100% real, bakat remaja dipuji warganet

Kebolehan seorang remaja, Muhammad Faiz Izzan membuat bunyi enjin-enjin kereta mendapat perhatian warganet.

Muhammad Faiz ditemu ramah Tiktoker Zam Al-Fathani membuat bunyi-bunyian yang menyamai bunyi enjin sebenar.

“Ini kalau letak mikrofon dan pembesar suara (loud speaker) mau orang ingat real,” katanya.

Antara bunyi enjin yang dihasilkan Muhammad Faiz ialah enjin kereta Ford Mustang, V8, Toyota GR Supra, V6 dan Honda Civic. Selain itu, remaja ini juga dengan gaya bersahaja membuat bunyi-bunyian tersebut termasuk semasa enjin mula dihidupkan, mengambil selekoh dan menukar gear semasa pemanduan.

Video berdurasi lebih dua minit itu meraih lebih 500,000 tontonan dan 65,000 tanda suka.

Video:

Warganet rata-rata memuji bakat yang dimiliki Muhammad Faiz kerana mampu menghasilkan bunyi enjin seakan-akan sama dengan enjin sebenar.

Menurut Faiz, dia menggetarkan lidah menyebut hurut ‘R’ dalam menghasilkan bunyi enjin.

“Gunakan sebutan huruf ‘r’ itu untuk menghasilkan bunyi menukar gear.

“Kemudian langkah kedua ialah megehadkan bukaan bibir pada keluasan sekadar menghasilkan bunyi tersebut.

“Langkah seterusnya ialah menghasilkan bunyi mengikut masa dan menukar gear mengikut jenis kereta atau enjin,” katanya.

Video:

Bakat yang dimiliki Muhammad Faiz ini jarang-jarang dimiliki anak muda. Lazimnya, ramai  yang berbakat yang menghasilkan bunyi beat box yang menggabungkan pelbagai instumen muzik.

Proses penghasilan bunyi beat box menggunakan mulut, lidah dan otot di sekeliling mulut termasuk rahang dan tekak.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarharian

Be the first to comment on "[Vide0] Mampu tiru enam bunyi enjin kereta 100% real, bakat remaja dipuji warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*