S4kit mata tengok peti sejuk banyak ‘khazanah’, mak tak ada di rumah ayah beri lampu hijau… berdeb4r tunggu reaksi ibu, mana tidaknya penuh 2 plastik hitam dibuang!

MEMANG menjadi kelaziman para ibu khususnya yang tergolong dalam kumpulan warga emas mempunyai tabiat suka menyimpan atau mengumpul barangan.

Sungguhpun barangan tersebut tidak digunakan atau dimakan, namun alasan yang digunakan selalunya kerana ‘sayang’ atau tidak mahu membazir.

Begitu juga kisahnya dengan ibu kepada wanita ini yang mempunyai tabiat sama, sehingga peti sejuknya dipenuhi pelbagai jenis lauk dan makanan!

Bahagian atas peti ais yang menyimpan makanan sejuk beku turut dibersihkan.

Dek kerana ‘s4kit mata’, wanita berkenaan mengambil kesempatan ketika ibunya tiada di rumah untuk melakukan ‘kerja-kerja pembersihan’.

“Dah lama aku tunggu saat ini,” tulis wanita berkenaan pada perkongsian video di aplikasi TikTok yang sehingga melebihi 63,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Sharifah Rashidah Syed Rainuddin berkata, operasi ‘pembersihan’ peti sejuk itu dilakukan baru-baru ini ketika ibunya, Sharifah Zainab Tuan Syed Embong, 64, mengikut adiknya pergi bercuti.

“Saya balik ke rumah mak, kebetulan adik bawak mak bercuti. Dalam lima hari juga mereka bercuti. Saya tolong tengok rumah dan jaga ayah sebab ayah tak ikut.

“Sebenarnya saya dah ‘aim’ lama nak cuci. Tapi biasalah, kalau mak ada, memang tak lepas. Bila kita kata nak tolong, dia kata tak payah nanti dia nak buat.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Jadi bila dia tak ada, inilah masanya. Saya beritahu ayah… ayah pun bagi lampu hijau maka saya terus jalanlah. Hasilnya, dua plastik hitam jugalah ‘khazanah’ dalam peti ais tu saya buang.

“Macam-macam ada… lauk sotong pedas, sotong kicap. Mak ayah tinggal berdua, kalau tak habis, simpan dalam peti sebab sayang nak buang. Dengan bekasnya sekali saya buang,” ujar wanita berusia 40 tahun ini.

Senang disapa sebagai Rashidah, wanita ini berkata dia mengambil masa lebih kurang dua jam untuk melakukan operasi pembersihan tersebut.

bekas belimbing

Bekas yang mengisi belimbing buluh kering untuk dibuat sambal hitam adalah antara ‘khazanah’ yang disayangi ibu Rashidah.

“Bukan saja dalam peti, ‘khazanah’ dekat dapur pun saya buang. Kuih raya, bekas plastik, apa yang tak guna pun saya buang. Itu pun dah dua beg plastik hitam.

“Belum lagi kain baju dalam almari yang dah lama tak pakai. Bila suruh sedekah dekat orang, pun dia kata sayang.

“Kami adik beradik ada belikan tupperware, periuk, pinggan mangkuk baru tapi dia simpan. Dia lebih suka guna yang lama, yang dapat percuma. Tapi biasalah, mak mak kita dulu hidup sus4h. Jadi dia dah terbiasa berjimat,” ujarnya yang menetap di Peramu, Kuantan.

Dia buka peti ais, dia senyap saja. Saya berdeb4r juga. Benda pertama dia cari adalah bekas belimbing buluh kering… mujur saya tak buang.

SHARIFAH RASHIDAH SYED RAINUDDIN

Bercerita pula mengenai reaksi si ibu sebaik sahaja melihat ‘wajah baru’ peti aisnya, Rashidah berkata dia sendiri pada mulanya berdeb4r-deb4r menanti wanita itu pulang ke rumah daripada bercuti.

“Dia buka peti ais, dia senyap saja. Saya berdebar juga. Benda pertama dia cari adalah bekas belimbing buluh kering… mujur saya tak buang.

“Belimbing tu disimpan untuk dibuat sambal hitam. Tapi nak buatnya pun tak tahu bila, asyik simpan saja,” ujar ibu kepada tiga orang anak ini.

famili peti ais

Keluarga Rashidah bersama ibu dan bapanya.

Tidak menyangka perkongsiannya meraih jumlah tontonan yang tinggi, Rashidah berkata dia sekadar berniat untuk berkongsi tabiat lucu ibunya.

“Sebenarnya mak-mak orang lain pun macam tu juga. Tapi sebab ibu sendiri pun sama, saya saja nak share. Tak sangka pula tiba-tiba views banyak. Ni ibu saya tak tahu video peti aisnya viral. Kalau dia tahu, entahlah macam mana reaksinya,” ujarnya ketawa kecil.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "S4kit mata tengok peti sejuk banyak ‘khazanah’, mak tak ada di rumah ayah beri lampu hijau… berdeb4r tunggu reaksi ibu, mana tidaknya penuh 2 plastik hitam dibuang!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*