Neelofa sekali lagi cvri perhatian, kali ini ‘unboxing’ barang bayi pula

Jika sebelum ini tular foto perutnya semakin membesar, kini Neelofa sekali lagi mencvri perhatian selepas berkongsi beberapa produk bayi yang diterimanya baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi usahawan itu baru-baru ini, dia menerima beberapa kotak mengandungi barangan keperluan bayi seperti tisu lembap dan baju.

Difahamkan, ada produk yang ditunjukkan olehnya merupakan barangan bayi daripada sebuah jenama popular di Jepun.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada semua produk tersebut dibeli atau diberikan kepadanya sebagai hadiah.

Walaupun masih mengunci mulut mengenai kehamilan dan usia kandungan, perkongsian sebegitu menambahkan lagi peratus pengesahan terhadap semua khabar angin yang masih tidak bernoktah.

Video:

Nampaknya, tarikh kelahiran bayi sulung pasangan paling popular di Malaysia bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Pasti ramai teruja termasuklah para peminatnya yang tidak henti-henti mendoakan semoga setiap urusan kelahiran bayi bekas pemenang Dewi Remaja itu dipermudahkan.

Ramai masih tertanya-tanya usia kandungan Neelofa. Anda rasa bila agaknya dia dijangka melahirkan?

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Neelofa sekali lagi cvri perhatian, kali ini ‘unboxing’ barang bayi pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*