“Ketika Masih Berbaju Nikah, Saya Perasan Notifikasi..,” Zee Avi Jawab D4kwaan S0rok Majlis Kahwin

Penyanyi kelahiran Sarawak, Zee Avi tampil menjawab tindakan mer4hsiakan pernikahannya dengan jejaka dari Jepun, Kenji Matano pada minggu lalu.

Jelas Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, dia memang merancang untuk berkongsi berita baik itu selepas sesi fotografi perkahwinannya namun gambarnya terlebih dahulu tular di media sosial di luar kawalannya.

“Kami ada jurugambar dan juruvideo. Jadi, kami mahu tunggu kami bergambar cantik-cantik dan edarkan kepada media. Itulah sebab kami panggil jurugambar.

“Tapi ketika saya masih lagi menyarung baju pernikahan, saya perasan notifikasi berkenaan pernikahan saya. Mujur maklum balas yang diterima, positif.

“Disebabkan itu, saya memutuskan untuk berkongsi dengan media, hari ini. Bagi saya, apabila sudah sah, barulah saya mahu bercerita kerana keseluruhan proses agak mencabar,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zee Avi🌺 (@zee.avi)

Cerita Zee, majlis perkahwinan mereka hanya dianjurkan secara sederhana dengan kehadiran cuma 15 orang tetamu.

“Alhamdulillah, majlis lancar. Suami saya juga melafazkan akad dalam Bahasa Inggeris dengan tenang,” katanya yang mula menguruskan pernikahan sejak Februari lalu.

Zee dan Kenji mula berkenalan sekitar empat tahun lalu ketika bertemu di sebuah majlis anjuran temannya di Kampung Attap, Kuala Lumpur.

“Ketika itu, saya baru pulang ke Malaysia selepas menjayakan siri jelajah mini di Eropah, persembahan di Bali, Indonesia dan Shanghai, China.

“Pada perjumpaan itu, kawan-kawan menyuruh saya menyanyi lagu K4ntoi. Ketika itu, dia sedar semua orang tahu lirik lagu berkenaan, kecuali dirinya.

“Bagaimanapun, saya gembira dia tidak tahu siapa saya sebelum ini. Jadi, dia dapat kenal Zee Avi sebagai diri saya sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zee Avi🌺 (@zee.avi)

Dalam pada itu, kongsi Zee lagi, Kenji yang bertugas sebagai penganalisis kandungan di sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan telah melengkapi hidupnya.

“Dia baik hati, memahami, tenang dan penyabar. Sifat ini bagus untuk seseorang seperti saya kerana personaliti kami agak berbeza.

“Kesimpulannya, dia faham gaya hidup saya dan sentiasa menyokong dalam apa juga keadaan. Dia adalah kawan saya yang sentiasa di sisi.

“Dia membuatkan saya memberi yang terbaik. Disebabkan itu, saya fikir dia adalah lelaki terbaik bagi saya,” katanya yang dilamar Kenji pada hari jadinya pada 15 Disember lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Ketika Masih Berbaju Nikah, Saya Perasan Notifikasi..,” Zee Avi Jawab D4kwaan S0rok Majlis Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*