Konsert ‘Drive In’ Cvri Perhatian Ramai, Ariel Noah Tampil Unik Nyanyi Sambil Main Kasut Roda – ‘Malaysia Come On’

Penyanyi popular Indonesia, Ariel Noah, telah mencvri perhatian ramai sehinggakan menjadi topik utama di media sosial.

Konsert ‘drive in’

Ariel tampil dengan kelainan apabila berkasut roda sambil menyanyi ketika persembahan konsertnya di Danamon New Live Experience.

Demi memastikan keselamatan penonton, konsert itu diadakan secara ‘drive in’ iaitu peminat yang hadir perlu berada di dalam kenderaan masing-masing.

Menerusi rakaman video itu, penyanyi berumur 40 tahun itu lincah bermain kasut roda sambil menyanyikan lagu berjudul Topeng.

Pemilik nama Nazril Irham juga memeriahkan suasana dengan mengajak penonton membunyikan hon sebagai tanda sokongan beramai-ramai.

Selain Noah, Bunga Citra Lestari dan Tulus turut sama hadir memeriahkan konsert norma baharu.

Another level punya konsert

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ariel (@arielnoah)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial kagum dengan idea unik yang dilakukan. Ada juga segelintir warganet yang memuji vokal Noah yang langsung tidak tercicir biar pun menyanyi sambil bermain kasut roda.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Konsert ‘Drive In’ Cvri Perhatian Ramai, Ariel Noah Tampil Unik Nyanyi Sambil Main Kasut Roda – ‘Malaysia Come On’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*