Azizulhasni Awang Kongsi Aksi ‘Pocket Rocket Girl’ Di Twitter, Jangka Bakal Dikalahkan Anak Tak Lama Lagi

Rasanya satu Malaysia dah familiar dengan nama Dato’ Azizulhasni Awang, pelumba basikal professional terkemuka negara.

Atlet yang juga dikenali dengan nama Pocket Rocket Man ini beberapa kali mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, termasuklah memenangi pingat perak di pentas Olimpik Ogos lepas.

Melalui laman Twitter, Dato’ Azizulhasni baru-baru ini berkongsikan aksi anaknya, Khadeeja memecut basikal dengan laju di sekitar Melbourne, Australia. Nampak dah ciri-ciri Pocket Rocket Girl ni!

Walaupun basikal itu nampak comel dengan warnanya serta bakul di bahagian hadapan, namun gaya pecutan g4dis cilik itu dilihat pantas. Sampaikan Dato’ Azizulhasni sendiri tidak aneh jika anak perempuannya itu akan mengalahkannya satu hari nanti. Future star nanti ni!

Video:

Lebih mengagumkan, dalam usia seawal itu Khadeeja bijak mengawal basikalnya tanpa memerlukan dua roda bantuan seperti basikal kanak-kanak lain.

Dato’ Azizulhasni dilihat mengiringi anak perempuannya itu menunggang basikal di tepi jalan dan kawasan perumahan, di mana suasana sekelilingnya selamat untuk aktiviti riadah. G4dis cilik itu juga dilengkapi dengan topi keledar sebagai langkah keselamatan.

Rata-rata netizen kagum melihat aksi Khadeeja, namun tidak aneh kerana sudah memang mengikut jejak langkah ayahnya yang handal berbasikal. Mana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan?

Memang power la, Khadeeja! Semoga dapat warisi bakat ayah untuk jadi wakil Malaysia satu hari nanti.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "Azizulhasni Awang Kongsi Aksi ‘Pocket Rocket Girl’ Di Twitter, Jangka Bakal Dikalahkan Anak Tak Lama Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*