[Vide0] Datang Bersama Keluarga, Reaksi Pemuda Ini ‘Nerv0us’ Kali Pertama Jumpa Bakal Isteri Bikin Bersemut! – ‘Dua-Dua Malu’

Jika zaman dahulu, ibu bapa merupakan individu yang memainkan peranan besar dalam mencari calon isteri atau suami untuk anak-anak. Malah, kebanyakan anak zaman itu memang tidak banyak ker3nah dan lebih senang membiarkan urusan pasangan ditentukan oleh kedua orang tua.

Mungkin situasi ini boleh dikaitkan dengan seorang pemuda ini yang kelihatan gem3ntar saat pertama kali bertemu dengan bakal isterinya.

Pertama kali jumpa bakal isteri

Video pendek itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Bibi Eddy yang dipercayai merupakan adik perempuan kepada pemuda berkenaan. Menurut individu ini, abangnya sangat gem3ntar dan dalam masa yang sama seg4n apabila bertemu apatah lagi bertentang mata buat kali pertama dengan bakal isterinya. Difahamkan, sebelum ini mereka berdua tidak pernah berjumpa.

Abang I first time jumpa bakal isteri dia before this, tak pernah jumpa langsung. Nampak nervous dia.

Namun, pemuda ini cuba bertenang saat berkunjung ke rumah bakal keluarga mentuanya. Difahamkan, pemuda ini turut ditemani oleh kedua ibu bapa dan adik beradiknya yang lain. Menerusi video pendek itu turut kelihatan bakal isteri pemuda ini sedang duduk bersebelahan dengan seorang wanita sambil tersenyum malu.

Video pertama yang dikongsikan Bibi telah mendapat 1.1 juta tontonan manakala video kedua pula ditonton hampir 900 ribu kali. Menjengah di ruangan, kebanyakan pada g4dis sempat berseloroh bertanyakan kepada Bibi sama ada dia mempunyai adik beradik lelaki yang masih bujang atau pun tidak.

Mereka mengatakan pasangan ini bagai pinang di belah dua, sama cantik sama padan. Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan wajah bakal isteri pemuda ini kelihatan seperti wajah pelakon cantik, Uqasha Senrose. Mereka juga mendoakan agar urusan pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

Video penuh:

@bb.eddy

#fyp

♬ original sound – Bibi Eddy – Bibi Eddy

@bb.eddy

Dua dua malu first time jumpa 🤣 #fyp

♬ Marry Your Daughter – Brian McKnight Jr.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "[Vide0] Datang Bersama Keluarga, Reaksi Pemuda Ini ‘Nerv0us’ Kali Pertama Jumpa Bakal Isteri Bikin Bersemut! – ‘Dua-Dua Malu’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*