“Saya Rasa Remy Ishak Terlalu Matang Untuk Jadi Anak Saya” – Jarak Usia Tak Logik, Che Ta Tolak Watak Ibu

Sebelum ini, pelakon cantik, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta tidak pernah menolak jika diberi tanggungjawab untuk memainkan watak seorang ibu dalam drama.

Namun, keterbukaan Che Ta dalam bidang lakonan itu dilihat sama sekali tidak relevan apabila dia diminta untuk membawakan watak ibu kepada aktor popular, Remy Ishak.

“Sejujurnya, saya okay sahaja membawakan watak ibu, tapi tidaklah sehingga pelakon yang bakal menyandang gelaran anak itu terlalu dewasa sangat. Saya sendiri sering menerima tawaran untuk membawa watak ibu dan hal itu bukan satu perkara besar.

“Beragaklah kalau nak gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak. Saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis anjuran syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah, Homevest baru-baru ini.

Homevest disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja atau Home Ownership Programme for Employees (H.O.P.E).

Ditanya adakah dia dilantik sebagai duta syarikat berkenaan, Che Ta menjawab: “Tidak sama sekali. Tetapi saya antara individu yang turut mendapat nasihat syarikat terbabit dalam soal pemilikan dan pembelian rumah.

“Kebetulan adik ipar saya iaitu Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol menjadi penasihat syarikat terbabit, jadi saya banyak mendapatkan nasihat daripada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta turut mengakui tidak sabar untuk berpindah ke rumah baharu di Petaling Jaya, Damansara.

“Hal mengenai pindah rumah baharu ini telah tertunda sebab situasi pandemik COVID-19 negara. Sebelum ini juga saya pernah terkena dan rugi jutaan ringgit sebab projek pengubahsuaian rumah tidak disiapkan kontraktor yang dilantik.

“Bagaimanapun, saya cuba cvri masa dan dan mengawasi proses ubah suai selepas melantik kontraktor lain,” tutup Che Ta.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Saya Rasa Remy Ishak Terlalu Matang Untuk Jadi Anak Saya” – Jarak Usia Tak Logik, Che Ta Tolak Watak Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*